Skip to main content

Lagi Rakyat Malaysia Jadi Mangsa Pemerdagangan Manusia Di Myanmar


Kuala Lumpur: Isu pemerdagangan manusia bagai tidak berkesudahan apabila dua lagi rakyat Malaysia disyaki menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian di Myawaddy, sempadan Thailand-Myanmar.

Menerusi Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Arah Kebajikan Insan (PAKIN) membantu keluarga mangsa pemerdagangan manusia menyelesaikan isu ini.

Dua rakyat Malaysia masing-masing wanita berusia 30 tahun dan lelaki berusia 37 tahun terbabit dipercayai terpedaya dengan tawaran kerja di Bangkok, Thailand sebelum mereka diseludup masuk ke kawasan berkenaan serta dikurung.

Salah seorang waris mangsa mahu dikenali Sam, 33, berkata dia hanya mengetahui perkara itu selepas menerima panggilan di aplikasi WhatsApp daripada adik perempuannya yang minta diselamatkan pada 16 April lalu.

Menceritakan kejadian, adiknya yang tinggal bersama keluarga di Batu Pahat, Johor, memberitahu ibu mahu ke Kuala Lumpur untuk bekerja sebagai penghantar herba.

"Kebetulan adik memang sudah tidak bekerja sejak sebulan lalu, jadi ibu izinkan. Dia keluar rumah pada 15 April lalu ke Kuala Lumpur tapi dia dipercayai mengambil penerbangan ke Bangkok dari Kuala Lumpur pada hari sama.

"Kami sekeluarga memang tidak tahu dia ke sana sehinggalah keesokannya saya terima panggilan daripada adik minta diselamatkan dan diarah membayar wang tebusan AS$20,000 (kira-kira RM95,000).

"Selepas itu, saya cuba menghubunginya semula tapi gagal. Kami bimbang keselamatannya kerana dia beritahu akan dicederakan jika tidak ikut arahan sindiket itu," katanya dalam sidang media di Pejabat Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) di sini, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim dan Pegawai Perhubungan Awam MHO, Daniel Khoo.

Seorang lagi waris mangsa mahu dikenali Tan, 33, berkata abangnya berusia 37 tahun dipercayai ditipu sindiket pemerdagangan manusia selepas melihat iklan tawaran kerja dengan gaji lumayan di Facebook.

Menurutnya, pada 14 April lalu abang yang bekerja sebagai juruelektrik keluar rumah di Kedah untuk ke Pulau Pinang bersama seorang rakannya dan mereka dipercayai menaiki penerbangan ke Bangkok.

"Kami hanya tahu hal ini selepas abang menghantar gambar tiket penerbangan dan gambarnya bersama rakan di dalam kapal terbang kepada ibu. Ketika itu baru abang beritahu mahu ke Bangkok untuk kerja selama dua hari.

"Tapi selepas dua hari, kakak saya terima WhatsApp daripada rakan abang minta kami bayar RM60,000 untuk selamatkan abang yang jadi tebusan sindiket.

"Kawan abang beritahu dia sudah selamatkan abang tapi perlu bayar jumlah wang diminta. Apabila saya cuba hubunginya kembali tidak berhasil sehingga kini," katanya.

Justeru, katanya, dia sudah membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan abangnya sebelum meminta bantuan daripada pihak MHO.

Sementara itu, Hishamuddin berkata, pihaknya sudah meminta wakil MHO di Myanmar untuk mengesan dua rakyat Malaysia terbabit dan akan berusaha menyelamatkan mereka. -
Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...