Skip to main content

Sindiket Penipuan Tawar Penjualan Baucer Di Aplikasi Dalam Talian Songlap Ratusan Juta


Kuala Lumpur: Menawarkan baucar di aplikasi dalam talian yang boleh digunakan bagi pembelian barangan peribadi di premis terpilih dengan ganjaran menarik dan penjimatan sehingga 50 peratus.

Bukan itu saja, pengguna juga boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan tersedia di aplikasi berkenaan termasuk pengisian petrol yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

Itu taktik digunakan sebuah syarikat menjalankan aktiviti skim piramid serta penjualan pakej tertentu menerusi aplikasi dalam talian yang memperdaya mangsa sehingga kerugian dipercayai mencecah ratusan juta ringgit.

Syarikat terbabit disyaki aktif melakukan aktiviti itu di Pulau Pinang selain mempunyai cawangan di beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu dan Sarawak.

Salah seorang mangsa, Mohamad Azlan Azhar, 36, yang kerugian lebih RM90,000 mendakwa mula memuat turun aplikasi itu dan menggunakannya selepas diperkenalkan oleh seorang rakan pada awal tahun 2021.

Menurutnya, pengguna perlu membuat pembelian baucar mengikut nilai ditetapkan contohnya RM800 dan akan menerima mata ganjaran serta subsidi baucar.

Katanya, baucar berkenaan boleh digunakan di mana-mana premis perniagaan dan stesen minyak yang disenaraikan dalam aplikasi itu.

"Setiap transaksi menggunakan aplikasi itu, pengguna akan menikmati penjimatan sehingga 50 peratus. Sebagai contoh isi petrol pada harga RM90 tapi hanya bayar RM45.

"Pada mulanya memang tiada masalah menggunakan aplikasi itu sehinggalah pada awal tahun lalu, akaun dibekukan dan saya tidak dapat menebus semula wang di aplikasi berkenaan.

"Apabila saya bertanya syarikat, mereka dakwa ia bersifat sementara kerana menunggu dana dari syarikat luar negara.

"Selepas itu, aplikasi dapat digunakan semula sehinggalah dibekukan sekali lagi pada April dan saya tidak dapat menebus semula wang sehingga kini," katanya dalam sidang media di sini, malam tadi.

Nasib sama turut dihadapi lelaki yang mahu dikenali Izuddin, 37, dari Kuantan, Pahang, apabila kerugian RM30,000 akibat menggunakan aplikasi berkenaan.

Katanya, dia memuat turun aplikasi itu pada Jun 2021 selepas diperkenalkan oleh rakan dan membuat tambah nilai RM600 hampir setiap hari untuk mendapatkan ganjaran serta subsidi baucar.

"Sampai lah satu ketika syarikat menaikkan jumlah tambah nilai sehingga RM1,000. Pengguna tiada pilihan kerana terpaksa klik setuju dengan terma dan syarat di aplikasi itu sebelum 'top up' (tambah nilai).

"Selepas beberapa bulan, akaun dibekukan dan tidak dapat membuat pembelian menggunakan baucar berkenaan.

"Saya berasa tertipu dan beberapa kali menghubungi syarikat untuk menuntut semula wang tapi sehingga kini tiada maklum balas.

"Saya sudah membuat laporan polis dan kini buntu tidak tahu lagi saluran mana boleh digunakan untuk menuntut kerugian. Jadi kami mangsa sepakat meminta bantuan Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO)," katanya.

Selain itu, seorang mangsa wanita yang mahu dikenali Lim, 40, dari Subang Jaya, Selangor turut mengharapkan tindakan segera daripada pihak berkuasa bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa penipuan syarikat berkenaan.

"Saya sudah buat laporan polis dan saya menasihatkan mangsa lain turut membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. Kami harap dapat menemui jalan untuk menuntut keadilan," katanya yang kerugian RM30,000.

Sementara itu, Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata, pihaknya menerima hampir 100 aduan berhubung aktiviti penipuan itu dan akan membawa kes berkenaan kepada pihak berkuasa.

Beliau berkata, satu laporan polis akan dibuat dalam masa terdekat dan berharap tindakan diambil mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan sekali gus mengheret pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

Katanya, MHO juga akan merujuk kes berkenaan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk siasatan lanjut kerana difahamkan syarikat berkenaan pernah dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sebelum ini. 

Sementara itu Pengerusi PAKIN EN Zakir Halim berkata, kita sedang berusaha mancari lebih ramai orang yang menjadi mangsa tertipu dengan sendikit ini. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...