Skip to main content

Kes Najib Ditangguh Lagi


Permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kesnya yang dituduh meminda laporan audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan didengar di Mahkamah Tinggi esok, seperti yang dijadualkan.

Pada 12 Jan lalu, Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan dilaporkan berkata semua perbicaraan dan pendengaran kes jenayah di mahkamah terbuka yang dijadualkan dari 13 hingga 26 Jan ditangguhkan, selaras dengan pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Ini menyebabkan kes berprofil tinggi termasuk yang melibatkan bekas perdana menteri itu serta bekas timbalannya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ditangguh kerana tarikh perbicaraan mereka jatuh dalam tempoh PKP.

Bagaimanapun, pada 20 Jan, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengeluarkan arahan, iaitu walaupun kerajaan menguatkuasakan PKP, semua prosiding kes jenayah termasuk yang berkepentingan awam seperti rasuah dan jenayah komersial, akan terus dijalankan di mahkamah terbuka, berkuat kuasa 27 Jan.

Semakan menerusi laman web Kehakiman mendapati perbicaraan kes meminda laporan audit 1MDB yang dihadapi Najib di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan ditetapkan pada 9.30 pagi esok.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohamad Mustaffa P Kunyalam mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

“Mahkamah, pada Rabu, akan mendengar permohonan Datuk Seri Najib untuk menggugurkan Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram sebagai pendakwa dalam kes itu. TPR Ahmad Akram Gharib akan mengetuai pasukan pendakwaan,” katanya.

Pada 12 Jun tahun lalu, Najib memfailkan permohonan untuk menggugurkan Sri Ram, disokong dengan dua afidavit, iaitu satu dikemukakan oleh Najib dan satu lagi oleh bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Najib, 67, dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy, 45, dibicarakan atas tuduhan meminda laporan audit 1MDB.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, dituduh menggunakan kedudukannya untuk mengarahkan pindaan dilakukan ke atas laporan audit akhir 1MDB sebelum dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) bagi mengelakkan tindakan diambil terhadapnya, sementara Arul didakwa bersubahat dengan Najib dalam membuat pindaan itu untuk melindungi Najib daripada dikenakan tindakan.

Sementara itu, perbicaraan kes Ahmad Zahid yang dijadualkan bersambung pada hari sama di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Collin Lawrence Sequerah dilapangkan kerana Presiden Umno itu sedang menjalani kuarantin kendiri selepas melakukan ujian calitan Covid-19 pada 20 Jan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran mengesahkan penangguhan itu.

“Tarikh esok dilapangkan. Kami baru sahaja menerima makluman daripada mahkamah,” katanya ketika dihubungi.

Peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Ahmad Zahid, mengesahkan anak guamnya kini menjalani kuarantin kendiri.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya melibatkan pecah amanah, lapan berkaitan rasuah dan 27 lagi bersangkutan pengubahan wang haram, membabitkan puluhan juta ringgit daripada dana Yayasan Akalbudi.

Untuk perbicaraan Najib esok, pegawai mahkamah memberitahu wakil media akan ditempatkan di dalam sebuah bilik berasingan dilengkapi video yang menerima suapan langsung prosiding dari mahkamah terbuka. Ini sebagai mematuhi prosedur operasi standard yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan.

“Hanya 20 wakil media akan dibenarkan berada di dalam bilik berkenaan bagi kes melibatkan kepentingan awam dan mereka juga perlu mendaftar untuk mendapatkan pas kebenaran,” katanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...