Powered by Blogger.

Monday, October 5, 2020

Video: Beg Pakaian Ditemui Di Tepi Jalan Aman


SIBU: Mayat wanita yang disumbat dalam beg pakaian ditemui di tepi Jalan Aman, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata orang ramai merasa curiga apabila melihat sebuah pakaian berwarna hitam diletakkan di tepi jalan sebelum menghubungi polis.

"Pemeriksaan yang dibuat oleh sepasukan anggota polis di lokasi kejadian amat mengejutkan apabila terdapat mayat seorang wanita disumbat dalamnya," katanya.

Penemuan mayat wanita yang belum lagi diketahui identiti itu masih lagi dalam siasatan dan dihantar ke Unit Forensik Hospital Sibu bagi tujuan pemeriksaan serta bedah siasat.

"Polis sedang menyiasat kes ini dan perkembangannya akan dimaklumkan dari masa ke masa," jelasnya. - Berita Harian Online