Skip to main content

Adun Kota Damansara Dan Keluarga Positif Covid-19, Pulang Dari Sabah


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara, Shatiri Mansor bersama isteri dan 2 anaknya positif Covid-19.

Shatiri berkata demikian menerusi rakaman video dimuat naik di Facebooknya.

Katanya, beliau dan 7 lagi individu dari pusat khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara pulang dari Sabah dan menjalani ujian saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

“Kami diarah kuarantin di rumah sehingga 11 Oktober. Pada 30 September isteri saya menerima panggilan daripada pejabat kesihatan telah disahkan Covid-19 dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

“Oleh kerana kontak rapat, saya telah dipanggil ke pusat daerah pada 2 Oktober dan membuat saringan semula.

“Hari ini, saya menerima panggilan doktor kesihatan Petaling bahawa saya positif Covid 19 dan 2 anak saya positif,” katanya.

Shatiri berkata, beliau dan 2 anaknya dibawa ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, 3 lagi daripada kumpulannya disahkan negatif dan kini menjalani kuarantin di rumah hingga 16 Oktober ini.

Beliau berkata, walaupun disahkan positif Covid-19, pusat khidmat DUN Kota Damansara beroperasi seperti biasa dan akan diuruskan oleh pekerjanya yang tidak ke Sabah. - Free Malaysia Today

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...