Skip to main content

Rakyat Ingkar Perintah Kawalan Pergerakan, Khidmat Tentera Mungkin Dikerah

Selain polis, khidmat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mungkin terpaksa digunakan untuk menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan sekiranya orang ramai masih ingkar mematuhinya, kata Menteri Kanan (Keselamatan) yang juga Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, setakat semalam tahap pematuhan rakyat adalah sekitar 60 peratus dan kerajaan mahu melihat angka itu dinaikkan dalam masa terdekat ini.

“Sebelum tentera digunakan, saya percaya mungkin tidak perlu, (kecuali) tak ada pilihan.

“Pematuhan masih kekal 60 - 70 peratus, saya percaya kemungkinan besar tentera akan digunakan,” katanya pada sidang media, di Kuala Lumpur hari ini yang disiarkan secara langsung di Facebook.

Namun, buat masa ini, Ismail berkata beliau percaya dengan keupayaan polis untuk meningkatkan kadar pematuhan dan jika keadaan bertambah baik, maka tentera tidak perlu dikerahkan.

Di bawah perintah kawalan pergerakan, semua perniagaan yang tidak penting atau essential telah diarahkan supaya ditutup sementara rakyat dilarang meninggalakan negara ini dan melakukan perjalanan antara negeri manakala warga asing pula tidak benarkan memasuki Malaysia.

Rakyat juga digesa untuk tinggal di rumah dan hanya keluar jika ada keperluan, seperti untuk membeli bekalan makanan.

Beliau berkata, pada masa ini, polis telah diarahkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memberi "nasihat" kepada mereka yang tidak mematuhi supaya berbuat demikian.

Namun katanya, ini tidak lama lagi akan berubah.

“Road block (sekatan jalan raya) akan diteruskan seperti biasa. Mungkin dua hingga tiga hari pertama seperti diarah oleh PM, tindakan berhemah, iaitu setakat nasihat saja.

“Saya percaya pihak polis akan ubah cara dari menasihati kepada tindakan lebih keras jika rakyat masih tidak patuh,” katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...