Skip to main content

Ludah Dalam Lif Flat Idaman Melur, Lelaki Ini Didenda RM400

BALIK PULAU- Seorang pekerja pusat snuker didenda RM400 di Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah meludah pada butang nombor lif di sebuah pangsapuri di Bayan Lepas tadi.

Tertuduh, Ang Hock Beng, 63 tahun yang memakai baju T berwarna merah berserta beg silang mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azzuin Abdul Moati.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja meludah butang nombor lif di lif bomba Flat Idaman Melur, Bayan Lepas pada jam 11.45 lagi, 15 Mac lalu.

Sehubungan itu, perbuatannya itu mungkin menyebabkan kemudaratan awam dan menyebabkan kegusaran kepada penduduk yang tinggal di perumahan itu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 268 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan denda sehingga RM400.

Ketika rayuan, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, S Bommy yang mewakili tertuduh memohon agar denda yang dikenakan dikurangkan dengan alasan, anak guamnya penghidap diabetes dan pesakit jantung.

"Anak guam saya juga berpendapatan RM900 sebulan dan perlu menanggung dua anaknya sejak penceraian berlaku. Oleh itu, saya mohon jumlah denda terhadapnya dikurangkan," katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Rais Imran Hamid berkata, tertuduh patut diberikan penalti yang munasabah kerana tertuduh melakukan perbuatan itu ketika penularan wabak Covid-19.

Nur Azzuin kemudiannya menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM400 terhadap tertuduh dan jika gagal, tertuduh boleh dikenakan penjara selama sebulan.

Terdahulu, tular sebuah rakaman video memaparkan seorang warga emas meludah butang nombor lif di sebuah perumahan di Bayan Lepas.

Susulan daripada itu, seorang guru membuat laporan polis dan suspek berjaya ditahan selepas menyerah diri di Balai Polis Bayan Lepas tengah hari semalam.

Ujian saringan kesihatan mendapati, suspek tidak menunjukkan simptom wabak Covid-19 selain ujian saringan air kencingnya juga negatif. - Sinar Harian

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...