Skip to main content

UMNO Sokong Muhyiddin Sehingga PRU15 - Ahmad Zahid

Hasil carian imej untuk zahid hamidi
UMNO akan terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional pimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sehingga habis penggal, namun berasaskan beberapa garis panduan yang dipersetujui Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.

Dalam satu kenyataan media hari ini, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, sokongan yang diberikan hingga terbentuknya kerajaan baharu pada 1 Mac lalu, adalah semata-mata satu tanggungjawab moral untuk menyelamatkan negara dari krisis politik berterusan.

Antara garis persetujuan yang dicapai, menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, kerajaan baharu harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.

“Kerajaan baharu ini harus melaksanakan tanggungjawabnya dengan memberikan kemakmuran kepada semua rakyat tanpa mengira batasan kaum, agama, kenegerian dan darjat.

“Kerajaan baharu tidak sewajarnya mengulangi kesilapan yang dilakukan Kerajaan Pakatan Harapan terdahulu, dalam menguruskan isu yang menyentuh sensitiviti hubungan kaum negara ini,” katanya lagi.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan selepas MKT Khas UMNO yang Ahmad Zahid pengerusikan, bersidang hampir 3 jam, di Menara Dato Onn, di sini hari ini.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, UMNO akan terus bertindak sebagai agen semak dan imbang terhadap kerajaan baharu bagi memastikan suara dan aspirasi rakyat benar-benar terbela.

“UMNO juga akan meneruskan agenda utama memperkasakan Muafakat Nasional dengan rakan-rakan Pas dan juga memperkukuhkan Barisan Nasional bersama MCA, MIC, dan PBRS.

“UMNO terus komited mepertahankan kerajaan baharu pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selama mana aspirasi rakyat dipelihara dan memastikan kestabilan politik dan ekonomi dapat dijaga sehingga pilihan raya umum akan datang,” katanya lagi. - Astro AWANI

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...