Skip to main content

"Peguam Negara Dah Tukar" Lepas Ini Tak Mahu Dengar Alasan Lagi, - Bapa Arwah Adib

Bapa kepada arwah Muhammad Adib Mohd Kassim berharap pelantikan Idrus Harus sebagai peguam negara yang baru dapat membela kematian anggota bomba terbabit selepas usaha itu sebelum ini dianggap gagal.

Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, berkata dia tidak akan berpuas hati selagi pelaku terbabit tidak ditangkap.

Justeru katanya kerajaan baru ini tidak akan mengecewakannya seperti sebelum ini.

“Selepas Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian arwah adalah akibat perbuatan jenayah pada 27 Sept lalu, kami menunggu tindakan lanjut tapi sampai sekarang tiada sebarang perkembangan.

“Ia sepi begitu saja, harap polis bersungguh-sungguh menjalankan tugas menangkap suspek.

“Jangan buat seperti yang lepas, apabila dah tukar kerajaan dan peguam negara baru ini, biarlah ada jalan baru juga untuk keadilan,” katanya lapor BH Online.

Pada 27 Sept, Koroner Rofiah Mohamad membuat keputusan bahawa Adib meninggal dunia akibat perbuatan jenayah yang dilakukan oleh dua atau lebih penyerang yang tidak dikenali semasa rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya kira-kira dua tahun lalu.

Adib cedera parah ketika rusuhan pada 26 Nov 2018 dan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Dis 2018, selepas mengalami kecederaan.

Meskipun tidak menyebut secara khusus mengenai mana-mana pihak, namun Mohd Kassim, 65, mendakwa pentadbiran sebelum ini dilihat seolah-olah didakwanya ingin menyembunyikan kebenaran.

Katanya, kini dia enggan mendengar sebarang alasan yang seperti ingin menutup kes tersebut.

“Sebagai ibu bapa, saya dan isteri Asma Aziz, 53, tidak putus berdoa supaya kes arwah anak saya mendapat pembelaan sewajarnya... Saya yakin seluruh rakyat Malaysia juga mengharapkan kebenaran.

“Cuma ‘pemerintah’ sebelum ini cuba menutup kebenaran, rakyat Malaysia tahu perjalanan kes ini.

"Saya berterima kasih kepada semua yang membantu terutama kepada peguam yang memberikan perkhidmatan percuma kepada keluarga saya," katanya. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...