Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah, pihaknya menerima panggilan pada 6.55 pagi semalam dari sebuah hospital swasta yang memaklumkan menerima seorang pesakit dalam keadaan tidak sedarkan diri yang dibawa oleh ibu bapanya.
"Siasatan awal mendapati, mangsa yang juga anak sulung daripada dua orang beradik kali terakhir dilihat masih hidup pada 9 malam, Rabu.
"Ibu bapanya menemukan mangsa pada 5.30 pagi keesokan hari dalam keadaan tergantung dengan tali pada leher dan terikat pada pemegang tangga," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, Mohd Sabri berkata ibu bapa mangsa membawanya ke sebuah hospital swasta untuk mendapatkan rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.
"Siasatan polis tidak menemui sebarang perbuatan yang boleh dikaitkan dengan perbuatan jenayah dan keterangan dari kesemua ahli keluarga mangsa telah diambil dan tiada yang mencurigakan.
"Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Serdang mendapati punca kematian disebabkan gantung diri, tiada kecederaan lain berunsur jenayah atau serangan seksual," jelasnya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
*Di Malaysia, mereka yang berhadapan masalah kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah mereka boleh menghubungi talian bantuan Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-melkan kepada sam@befrienders.org.my - Astro AWANI