HOUSTAN - Seorang lelaki diangkat sebagai hero apabila berjaya menyelamatkan seekor anjing setelah tali pada lehernya tersangkut di lif sebelum sempat masuk bersama tuannya.
Video durasi 38 saat itu dimuat naik di Twitter Johnny Mathis sebelum tular di laman sosial.
Paparan video itu menunjukkan Mathis baru keluar dari lif di tingkat satu apabila seorang perempuan bersama seekor anjing kemudian memasuki lif itu.
Namun sebaik sahaja perempuan itu masuk, pintu lif itu tertutup sebelum sempat anjing peliharaannya masuk.
Kedengaran anjing itu berbunyi dan bising membuatkan Mathis berpatah balik dan segera menyelamatkan anjing berkenaan.
Mathis berjaya mencabut tali pada leher anjing itu ekoran lif itu bergerak ke tingkat enam.
Menerusi entrinya, Mathis memberitahu, insiden itu benar-benar memberi kesan pada dirinya sekiranya dia tidak mampu menyelamatkan anjing tersebut.
"Mungkin keadaan buruk boleh berlaku tetapi saya bersungguh-sungguh bantu. Saya gembira ia berakhir dengan baik dan selamat.
"Perkongsian video ini bukan niat untuk riak tetapi saya harap ada kesedaran agar insiden ini tidak berlaku kepada orang lain. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja," katanya.
Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kata-kata yang memberi inspirasi buatnya.
"Saya benar terharu, saya harap semua orang dapat menjaga bintang peliharaan dengan baik terutama ketika masuk dalam lif," ciapnya.
Sehingga kini video itu mencecah hampir 19 juta tontonan dari netizen dan 153,000 tanda suka. - Sinar Harian