Powered by Blogger.

Saturday, December 14, 2019

Pemandu Myvi Biru Disahkan Positif Dadah


KUALA LUMPUR: Pemandu kereta Myvi berwarna biru yang ditahan berhubung insiden yang tular di laman sosial sejak semalam disahkan positif dadah.

Menurut Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah, tangkapan semula dilakukan terhadap suspek oleh anggota peronda Polis selepas ditahan oleh orang awam kira kira jam 5.20 petang di Jalan Brunei Utara pada Jumaat.

Suspek kemudianya dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

Menurut beliau, ujian air kencing terhadap suspek mendapati positif dadah jenis Methamphatamine dan Amphetamine.

Bagaimanapun, mangsa samun iaitu seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU), katanya, masih belum tampil memberi keterangan atau laporan polis ketika ini.

Kejadian sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna biru yang tular di laman sosial sejak semalam itu mendapat perhatian netizen.

Insiden kira-kira jam 4.50 petang di Jalan Pudu itu antara lain memaparkan suspek memandu kenderaan tersebut telah melanggar beberapa buah kenderaan ketika dikejar sekumpulan lelaki bermotosikal.

Saksi yang juga perakam video mendakwa suspek telah menolak keluar seorang lelaki OKU daripada kenderaanya melalui pintu depan kiri selepas disamun di Jalan Changkat, Bukit Bintang.

Saksi kemudiannya mengejar suspek suspek ditahan orang awam. - Astro AWANI