Patung Kepala Ramses Ditemui

KAHERAH: Kementerian Antikuiti Mesir mengumumkan penemuan patung kepala Firaun Ramses II yang dianggap unik, ditemui berhampiran Giza yang terletak di selatan kota raya ini.

Kenyataan itu berkata, patung itu ialah artifak granit merah Ramses II yang turut mengandungi simbol ‘ka’.

Ka dalam kepercayaan Mesir Purba, mewakili semangat manusia atau dewa yang berada dalam patung selepas kematiannya.

Eskavasi itu dibuat kumpulan arkeologi kementerian berkenaan di tanah persendirian di Mit Rahina berhampiran tapak kota purba Memphis kira-kira 30 kilometer selatan Kaherah, minggu lalu.

Ramses II, antara Firaun terkenal pada dinasti ke-19 (1301-1236 sebelum Masihi), berukuran 105 sentimeter tinggi dan 55 sentimeter lebar.

Beberapa tahun kebelakangan ini, Mesir gigih mempromosi penemuan arkeologi di seluruh negara dalam usaha untuk menghidupkan semula pelancongan yang terjejas teruk selepas kebangkitan 2011. - Berita Harian Online