Powered by Blogger.

Sunday, November 17, 2019

Kempen Tutup Mata Sebelah, Solidariti Wartawan Ditembak Di Palestin


Seorang wartawan dari Palestin hilang sebelahmatanya selepas ditembak jarak dekat oleh tentera israel.

Moath Amarneh telah ditembak walaupun memakai jaket WARTAWAN ketika membuat liputan protes di Hebron Tebing Barat.

Kejadian itu berlaku pada hari Jumaat di dekat bandar Surif di Hebron, di mana berpuluh-puluh rakyat Palestin memprotes terhadap rampasan terbaru tanah untuk pembinaan penempatan Israel di wilayah yang diduduki.

Amarneh, yang menyaksikan bantahan itu, dikejarkan ke hospital di Hebron selepas mengalami kecederaan.

Doktor tidak dapat menyelamatkan mata kirinya.

Atas sebab itu, kempen menutup mata sebelah diadakan di media sosial seluruh dunia demi solidariti kepada seorang wartawan Moath Amarneh yang ditembak oleh tentera Israel walaupun dia memakai jaket 'Press'. - Malaysiakini