Powered by Blogger.

Tuesday, October 22, 2019

Video: Rupanya Banyak Lagi Kes Budak


Kuala Lumpur - Susulan kejadian lelaki pukul pengawal keselamtan, tular sebuah video yang menunjukkan lelaki berkenaan yang pernah tertangkap kerana mencuri motorsikal.

Menerusi video yang tular di media sosial itu menunjukkan lelaki terbabit pernah ditangkap oleh tuan punya motorsikal yang dicuri menyebabkan dia telah dibelasah sehingga mengalami kecederaan.

Video tersebut telah dikongsikan oleh orang ramai bagi membongkarkan siapa sebenarnya individu terbabit selepas kejadian lelaki tersebut membelasah pengawal keselamtan menjadi viral di media sosial.

Malah terdapat juga gambar yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter jelas menunjukkan kelakuan lelaki terbabit cuba mencuri sebuah motorsikal di kawasan tempat letak motorsikal.

Identiti lelaki terbabit telah didedahkan selepas kejadian lelaki yang memukul pengawal keselamatan dengan menggunakan kayu golf hanya kerana tayar keretanya telah dikunci disebabkan dia meletakkan keretanya di tapak letak kereta OKU menjadi tular di media sosial.

Disebabkan kejadian sebelum ini, pengawal keselamatan warga asing tersebut mengalami kecederaan akibat dipukul oleh pemilik kereta Honda terbabit.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kondo dekat Setapak apabila pemilik kereta Honda tersebut yang berusia 24 tahun tidak berpuas hati apabila tayar keretanya telah dikunci oleh pengawal keselamatan terbabit.

Menurut sumber yang dipercayai, lelaki berkenaan meletakkan kenderaannya di situ adalah kerana bertujuan untuk mencuri motorsikal yang terdapat di kawasan itu.

Walaubagaimanapun menurut laporan myMetro, pihak polis telah pun menahan lelaki berkenaan yang dikatakan berasal dari Terengganu pada malam semalam.

Hasil siasatan pihak polis juga mendapati bahawa suspek sememangnya mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan dadah, malah pihak polis juga telah pun membuat permohonan tahanan reman suspek bagi menjalankan siasatan ke atasnya.

Manakala pegawai keselamatan yang dipukul oleh suspek dikatakan sedang menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur bagi kecederaan yang dialaminya.