Skip to main content

Konon Nak Teman Kekasih Dapatkan Rawatan


Kedah - Bagi alasan bermalam di hotel bagi memudahkan nak teman kekasih ke hospital ketika ditangkap khalwat di sebuah bilik hotel oleh Jabatan Agama Islam.

Lelaki tersebut mengatakan sebab mereka bermalam di bilik hotel di Pekan Jitra tersebut adalah bagi memudahkan mereka untuk ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar.

Wanita berusia 20 tahun tersebut dikatakan menetap di Pendang dan bermalam di hotel berkenaan bersama teman lelakinya kerana dia perlu menjalani rawatan di HSB berikutan kakinya yang cedera selepas terbabit dalam kemalangan sebelum ini.

Manakala lelaki berkenaan yang berusia 21 tahun dikatakan berasal dari pekan ini pula telah memberikan alasan tersebut kepada pihak berkuasa ketika mereka dicekup tetapi alasan tersebut gagal menyelamatkan mereka dari tuduhan berkhalwat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), Syeikh Radzi Abdul Mutalib berkata, jarak Pendang ke Alor Setar lebih dekat dari Jitra dan alasan tersebut langsung tidak masuk akal apabila mereka sanggup bermalam di situ untuk ke hospital berkenaan.

Menurut beliau, pasangan tersebut telah dicekup pada pukul 11.40 malam oleh sepasukan anggota penguat kuasa JAIK ketika menjalankan operasi di sekitar daerah ini.

Ketika serbuan dibuat lelaki berkenaan hanya mengenakan seluar pendek tanpa berbaju, manakala wanita tersebut pula berada di atas katil sambil berselimut dan hanya memakai kemeja-T serta seluar pendek.

“Hasil pemeriksaan mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah suami isteri atau mempunyai hubungan mahram menyebabkan mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Menururt Radzi, pasangan tersebut telah dibawa ke Balai Polis Jitra untuk dibuat laporan penangkapan sebelum di bawa ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk tindakan susulan.

Bagaimanapun pasangantersebut telah dibebaskan dengan jaminan keluarga dan diberi tarikh bagi menghadiri perbicaraan kes mereka di Mahkamah Rendah Syariah.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014 kerana disyaki berkurung tanpa sebarang ikatan sehingga mendatangkan syak kepada orang ramai.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali,” katanya.-HarianMetro

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...