4 Gambar: Ini Jawapan Gadis Cina Ini Bila Ditanya Kenapa Dia Berhijab


"Saya Cina tapi saya suka berhijab," itu kata seorang gadis yang kini menjadi perbualan ramai khususnya di platform Twitter.

Menggunakan akaun @jiaqing28512216 gadis tersebut mencuri tumpuan apabila tampil dengan gaya berhijab atau bertudung.

Malah, posting berserta gambarnya kini menjadi viral dan sehingga artikel ini ditulis ia telah dikongsi sebanyak 5,600 kali.

Menjawab pertanyaan netizen mengapa dia mahu bertudung, gadis tersebut menyatakan dia lebih ayu berbanding ketika tidak berhijab.

"Lebih suka bertudung sebab bila bertudung ni dapat menutup aurat perempuan. Free hair kadang-kadang rimas juga dengan rambut yang serabut ni," katanya.

Tambahnya, keputusan untuk berhijab juga mungkin disebabkan rakan sekeliling.

"Mungkin sebab saya dah berkawan dengan orang Melayu lama kot. Bila tengok kawan bertudung nampak ayu je semua.

"Saya tertarik sebab bila tutup aurat i rasa tenang ja," katanya yang mula bertudung sejak 2018.

Sementara itu, rata-rata netizen memuji kecantikan gadis berkenaan apabila berhijab dan menutup aurat.

Malah tidak kurang juga ada rakan bangsa Cina yang turut berkongsi gambar mereka bertudung. - Astro Gempak