Powered by Blogger.

Wednesday, September 11, 2019

Bapa Rakam Ibu Pukul Ketiga-tiga Anak Mereka Dengan Kejam.


Seorang ibu tergamak bertindak kejam dengan memukul ketiga-tiga anaknya yang masih kecil dengan menggunakan tongkat sementara ayah kepada kanak-kanak tersebut hanya merakamkan perbuatan isterinya disamping terus menggalakkan isterinya terus memukul anak-anak mereka.

Video yang berdurasi 1 minit 28 saat tersebut menjadi viral serta mengejutkan rata-rata netizen yang menonton video berkenaan dan menyifatkan ibu bapa kanak-kanak tersebut amat kejam.

Pada mulanya video berkenaan telah dikongsikan oleh pemilik akaun Facebook bernama Wonderland Cheah ke kumpulan Facebook KL 娱乐 pada Isnin yang lepas dengan kapsyen "Bolehkah ini dipanggil manusia?, lelaki b***h, satu memukul satu merekod, bagaimanakah seorang kanak-kanak mampu menahan semua itu?".

Pada mulanya video berkenaan menunjukkan seorang ibu memakai pakaian berwarna merah sedang menyaksikan seorang kanak-kanak berpakaian warna krim sedang memegang buku seperti sedang belajar.

Kanak-kanak tersebut kelihatan merengek kepada perakam yang dipercayai bapanya, kemudian kelihatan seorang lagi kanak-kanak perempuan yang lebih kecil dipercayai anak kedua pasangan tersebut serta seorang kanak-kanak lelaki yang dipercayai anak ketiga mereka.

Tiba-tiba kelihatan ibu kanak-kanak tersebut memegang tongkat sambil berbicara dengan nada yang tinggi kepada anaknya yang sedang berlajar dan kemudian berpaling kepada suaminya seolah-olah bertanya apa yang perlu dilakukan.

Bapa kanak-kanak tersebut langsung berkata "Pukul sahaja dia" dan seketika kemudian wanita tersebut terus memukul anaknya itu dengan menggunakan tongkat serta mengheret anaknya itu dan terus memukulnya tanpa henti.

Kanak-kanak tersebut kelihatan cuba bergelut dan meminta ibunya agar berhenti dari terus memukulnya sementara anak kedua pasangan tersebut dapat dilihat hanya menangis menyaksikan kakaknya dipukul oleh ibunya.

Kanak-kanak tersebut cuba melepaskan diri dari cengkaman ibunya tetapi wanita tersebut masih enggan melepaskan anaknya itu sambil menjerit dan memukul belakang anaknya itu tanpa henti, malah dia turut mengheret anaknya itu keluar dari bilik serta menendangnya dengan kuat sambil menjerit dengan kuat.

Anak kedua pasangan tersebut kelihatan tergamam melihat kejadian yang berlaku di hadapannya, manakala bapa kanak-kanak malang tersebut hanya berlalu keluar dari bilik tanpa sepatah kata pun sambil terus merakamkan perbuatan kejam isterinya itu.

Wanita tersebut kelihatan menendang anaknya ke pintusambil memukul menggunakan tongkat sementara anaknya itu hanya mampu menangis dengan tindakan ibunya itu yang seakan masih belum puas lagi menyakitinya terus mengambil satu lagi tongkat untuk memukul anaknya itu.

Tiba-tiba wanita itu menghentikan tindakannya dan menjerit ke arah anaknya "Cukup atau tidak?" dan langsung berpaling kearah suaminya pula, "Hnaya teruskan memukul", kata suami wanita berkenaan.

Seolah-olah patuh arahan suaminya itu dia langsung melanjutkan tindakan memukul anaknya itu menggunakan tongkat tetapi dengan pukulan yang lebih kuat.

Anaknya itu hanya mampu menangis sambil memegang kepalanya dan belakang, tidak cukup dengan itu wanita berkenaan yang melihat anak keduanya seakan mendapat mangsa baru kemudiannya menarik anaknya itu dan memukulnya dibelakang.

Anak keduanya itu langsung menangis dengan kuat dan jatuh ke sudut almari akibat pukulan tersebut, rasa tidak puas hati kemudiannya wanita tersebut meraih pula anak ketiganya iaitu yang paling kecil dan terus memukulnya.

Video tersebut telah dikongsikan sebanyak 5,100 kali di Facebook dan mendapat 416 komen dari netizen tetapi sehingga kini masih belum diketahui siapa pelaku kekerasan terebut dan di mana sebenarnya kejadian tersebut berlaku.

Tetapi berdasarkan loghat dalam video berkenaan, netizen membuat spekulasi bahawa pelaku tersebut berasal dari China dan rata-rata netizen melahirkan rasa marah terhadap tindakan kejam ibu bapa kanak-kanak malang tersebut.

Kebanyakkan netizen menyifatkan kedua-dua ibu bapa berkenaan mempunyai masalah mental kerana si ayah memberikan galakkan terhadap si ibu untuk terus memukul anak mereka di samping merakamkan kejadian berkenaan.

Rata-rata komen meluahkan rasa simpati kepada kanak-kanak malang yang menjadi mangsa pukulan ibu bapa yang tidak bertanggung jawab dan merasakan mereka tidak layak untuk menjaga anak-anak tersebut.

Netizen mendoakan anak-anak terbabit sentiasa dipelihara dan cepat sembuh, semoga membesar dengan bahagia tanpa kebencian kerana mereka hanyalah anak kecil yang tidak berdosa.