Skip to main content

Selagi Saya Hidup, Saya Akan Jaga Maruah Negara – Tun Mahathi


Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini terjerumus dalam masalah buruk, hilang maruah, kedaulatan dan arah tujuan selagi masih hidup.

Perdana Menteri berkata beliau sedar tentang cabaran didepani yang seolah-olah tidak dapat diatasi pada masa tertentu.

"Selagi saya hidup, saya akan cuba untuk tidak membenarkan negara ini jatuh, tercalar maruah dan hilang arah tujuan.

“Kita telah berjaya mengatasi cabaran dan rintangan pada masa lalu dan kita berharap dapat mengatasinya pada masa akan datang, insya-Allah," katanya dalam ucapan pada Malam Anugerah dan Majlis Makan Malam Gala Persatuan Pertubuhan Pengurusan Asia (AAMO) ke-20 di Kuala Lumpur, malam tadi

Dr Mahathir turut berkongsi pengalaman menerajui negara yang beliau menekankan untuk mencari alasan dan tujuan bersama.

Justeru, beliau sangat menekankan tentang perlunya mempunyai alasan dan tujuan bersama yang akan menjadi titik permulaan ke arah mencapai perpaduan dalam kepelbagaian.

"Sejak saya menjadi Perdana Menteri pada kali pertama, saya sering ditanya tentang rahsia saya kerana mampu mengurus negara yang begitu pelbagai sehingga hampir setiap segmen mempunyai pelbagai permintaan dan keutamaan yang berbeza.

"Tidak ada rahsia selain konsep paling asas dan logik ketika kita berhadapan dengan kumpulan orang yang pelbagai. 

Sebaik kita dapat mencapai alasan dan tujuan bersama, kita boleh membina mereka," katanya yang diberi penghormatan untuk menerima Anugerah Pembina Negara dan pemimpin Berwawasan AAMO atas sumbangan beliau kepada negara dan juga di peringkat antarabangsa.

Dr Mahathir berkata pentingnya kepercayaan yang tulus untuk kebaikan rakyat dan negara serta berpegang kepada prinsip memikul tanggungjawab untuk mempertahankan negara dan kedaulatan.

"Membantu rakyat kita sendiri untuk bersatu dan sepakat untuk membangun dan membina negara adalah tanggungjawab kita dan kita juga akan mendapat faedah hidup di negara yang berjaya," kata perdana menteri yang telah berusia 93 tahun itu.

Dr Mahathir berkata beliau dahulu adalah seorang doktor dan menghabiskan masa selama beberapa tahun mengamalkan profesion perubatan yang membolehkannya beberapa pengalaman profesionnya dimanfaatkan untuk pengurusan negara.

"Dalam banyak cara, pengurusan sebuah negara memerlukan proses yang sama seperti doktor, dan di mana dan apabila perlu, pemimpin perlu membuat keputusan yang drastik dan tegas untuk menyelamatkan negara," katanya.

Beliau juga berkata Malaysia sebagai sebuah negara sudah melalui pelbagai rintangan sejak mencapai kemerdekaannya dan beliau telah menyaksikan bagaimana ia melalui perjuangan untuk membina tapak dan menjadi sebuah negara yang mempunyai keazaman dan keyakinan. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...