Skip to main content

Ungkapan 'Aafiyah Anak Ibu' Tular


Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak menyangka panggilan manja ‘Aafiyah anak ibu’ yang sering diungkap kepada puteri tersayang, Siti Aafiyah Khalid, menjadi viral dan popular dalam kalangan peminat.

Dengan lenggok dan suara keibuan Siti, ungkapan itu pantas ‘melekat’ di hati ramai. Malah, pelakon dan pelawak, Sherry Alhadad mengajuk panggilan manja itu ketika mengacarakan Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-33, bulan lalu.

Bukti panggilan manja itu popular, majlis meraikan ulang tahun kelahiran Siti Aafiyah di sebuah hotel di sini, semalam, menjadikan ungkapan itu sebagai tanda pagar acara berkenaan.

Siti memberitahu, ungkapan ‘Aafiyah anak ibu’ baginya adalah panggilan biasa buat anak yang genap setahun, esok.

“Saya tak sangka selepas Sherry mengajuk panggilan itu, ramai pula yang mengikutnya. Tapi saya fikir, ajukan itu keterlaluan.

“Rasanya, gaya panggilan saya biasa-biasa sahaja.... Sengaja mereka hendak kenakan saya.

“Tapi realitinya, memang begitulah cara saya panggil Siti Aafiyah,” katanya kepada BH Online.

Ditanya apakah kemungkinan ungkapan itu mahu dijadikan sebuah lagu istimewa buat puteri tersayang, penyanyi Anta Permana ini belum terfikir melakukannya.

“Idea yang bagus... Tapi saya tak terfikir pun. Mungkin saya patut menimbangkannya,” katanya.

Sementara itu, majlis meraikan hari jadi Siti Aafiyah bertemakan karnival dan taman permainan jelas menggambarkan kasih sayang Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terhadap bayi comel itu.

Siti mengaku sudah lama berhajat mengangkat tema karnival bagi merayakan hari jadi Siti Aafiyah.

“Tetamu juga dalam kalangan mereka yang memiliki anak sebaya. Selalunya, pada sambutan hari lahir si kecil, kanak-kanak yang paling suka.

“Jadi, ibu bapa boleh letakkan anak di sudut permainan di hadapan pentas utama. Usahkan ibu bapa, saya sendiri pun rasa seronok dan hendak bermain dengan anak-anak yang hadir,” katanya.

Pada majlis semalam, antara rakan artis yang hadir termasuk Rozita Che Wan, Amyra Rosli, Fizo Omar, Jihan Muse dan ramai lagi yang rata-ratanya memiliki anak kecil. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...