Skip to main content

Mahkamah Tolak Permohonan Halang Kuil Seafield Diroboh


Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menolak permohonan 50 plaintif untuk menghalang syarikat pemaju One City Development Sdn Bhd daripada mengambil tapak Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Subang Jaya.

Hakim Wong Kian Kheong dalam penghakimannya berkata, 50 penganut Hindu yang bertindak sebagai plaintif tiada locus standi untuk menyaman lima defendan, yang mana salah satunya adalah syarikat tersebut.

Beliau menolak permohonan injunksi oleh plaintif untuk menghalang One City daripada mendekati tanah itu untuk meruntuhkan kuil, serta untuk menangguhkan pelaksanaan writ pemilikan syarikat itu.

Dalam penghakiman bertulisnya, Wong berkata tiada bukti bahawa adat Hindu mempunyai kuasa undang-undang seperti dalam hujah plaintif.

"Saya terikat untuk menolak sebarang kebergantungan terhadap adat Hindu dan menolak Kanun Tanah Negara.

"Tafsiran undang-undang dalam Artikel 160(2) dalam perlembagaan menyatakan 'undang-undang' termasuk undang-undang bertulis, common law selagi ia terpakai dalam persekutuan atau bahagiannya, dan apa-apa adat atau kebiasaan mempunyai kuasa undang-undang dalam persekutuan atau bahagiannya.

"Menurut tafsiran ini, adat atau kebiasaan hanya boleh dikuatkuasakan jika boleh ditunjukkan ia ada 'kuasa undang-undang'.

"Dalam kes ini, tiada bukti bahawa adat Hindu ada kuasa undang-undang," katanya hari ini.

Wong berkata dalam sebarang keadaan, adat atau kebiasaan tidak boleh mengatasi peruntukan bawah kanun melibatkan hak pemilik tanah berdaftar," katanya lagi. - Malaysiakini
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...