Skip to main content

'Bubar Umno' - 16 Bekas Ahli Umno Peroleh Kebenaran Merayu


Enam belas bekas anggota Umno hari ini memperoleh kebenaran untuk merayu kepada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman untuk mencabar kesahan parti politik itu.

Ini susulan keputusan sebulat suara panel tiga anggota Hakim Mahkamah Persekutuan, diketuai Hakim Besar Sabah dan Sarawak Datuk Seri David Wong Dak Wah, dalam membenarkan pemohonan untuk kebenaran merayu mereka.

Mengikut undang-undang, litigan yang berhasrat merayu keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes sivil, perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan terlebih dahulu.

Hakim Wong membenarkan permohonan bagi kebenaran merayu berdasarkan dua persoalan undang-undang.

Persoalan itu adalah: Sama ada seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 yang menyisihkan bidang kuasa mana-mana mahkamah untuk melayani sebarang kes saman, permohonan, persoalan atau prosiding dalam sebarang perkara berkaitan hal ehwal parti, adalah ultra vires (melampaui bidang kuasa) Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan.

Satu persoalan lagi adalah sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendaftar Pertubuhan lwn Datuk Justine Jinggut adalah undang-undang yang masih berkuat kuasa berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd lwn Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat selain kes M Indira Gandhi lwn Pengarah Jabatan Agama Islam Perak dan lain-lain.

Bagi kedua-dua kes, Hakim Mahkamah Persekutuan ketika itu, Tan Sri Zainun Ali (kini bersara) berpendapat bahawa kuasa kehakiman terletak kepada badan kehakiman dan klausa penyisihan dalam undang-undang yang menghapuskan bidang kuasa mahkamah untuk menyemak perkara tertentu dalam lingkungan perundangan adalah tidak mengikut perlembagaan.

Dalam permohonan mereka untuk mendapatkan kebenaran bagi memulakan semakan kehakiman, kesemua 16 bekas anggota Umno itu memohon perintah certiorari bagi membatalkan keputusan Pendaftar Pertubuhan (RoS) seperti yang diumumkan menerusi kenyataan media bertarikh 5 Mac 2018, dalam memberi Umno perlanjutan tempoh untuk mengadakan pemilihan parti sehingga 19 April 2019, yang melepasi tempoh maksimum.

Enam belas bekas anggota Umno itu ialah Salihudin Ahmad Khalid, Noorhalimi Yahya, Mariam Mohd Ishak, Mohd Hafami Hanif, Saharudin Tukiman, Azaid Jani, Normalawati Hassan, Radiana Abd Manaf, Mohd Rafeek Rahim, Nurul Hanna Mohd Suhot, Kamarul Abd Wahid, Mohd Hikamal Md Hassim, Muzamzamir Abd Wahab, Norizam Jamaludin, Rohani Ahmad dan Muhamad Hafizi Hashim.

Mereka selanjutnya memohon perintah mandamus untuk mendesak RoS membubarkan sementara Umno dan bagi RoS menggantung semua aktiviti Umno sehingga selesai semakan kehakiman itu.

Mereka turut memohon perisytiharan bahawa Umno merupakan parti yang tidak sah berkuat kuasa 20 April, tahun lepas.

Pada 27 April 2018, Mahkamah Tinggi menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman yang difailkan kumpulan itu selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan RoS.

Mereka kalah dalam rayuan itu yang ditolak oleh Mahkamah Rayuan pada 5 Nov tahun lepas.

Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Kamaludin Mohd Said (kini Hakim Mahkamah Rayuan) menolak permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman atas alasan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan menetapkan bahawa seseorang anggota parti tidak boleh membawa pertikaian berkaitan parti ke mahkamah.

Peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla mewakili kumpulan itu manakala Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan mewakili RoS. - Bernama
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...