Saya Bukan ‘Bangsa Final’ - Ummi Nazeera!


Sokongan pelakon Ummi Nazeera kepada pasukan Harimau Malaya dengan pergi menonton perlawanan akhir AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil semalam dipertikai netizen.

Ummi dituduh sebagai ‘bangsa final’ oleh netizen yang menurunkan komen ke akaun Instagram (IG) miliknya semalam.

Komen itu diturunkan di setiap fotonya ketika berada di stadium bersama suami, Mohd Izzar dan rakan artis lain seperti Diana Danielle, Lisa Surihani dan Mawar Rashid yang turut sama hadir di stadium semalam.

Pada mulanya, Ummi tertanya-tanya kepada netizen apakah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan sehinggalah dia memahaminya selepas salah seorang pengikut di IGnya menerangkannya.

Setelah memahami maksudnya, Ummi terus menemplak serta menafikan dirinya bukanlah ‘bangsa final’ yang mereka maksudkan kerana telah memberi sokongan awal terhadap pasukan bola sepak negara.

Malah, Ummi menerusi satu entri terkininya menjelaskan sekali lagi mengenai 'bangsa final' serta menceritakan kembali pengalamannya ketika menonton perlawanan bola sepak itu semalam.

Bagaimanapun ada juga netizen yang bersikap positif kerana bagi mereka tidak kisah apa jua yang dikatakan asalkan Ummi dan rakan artis lain tetap memberi sokongan.

Perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam sengit apabila menyaksikan Malaysia dan Vietnam meraih 2-2. - Astro Gempak