Powered by Blogger.

Thursday, November 1, 2018

Video: Fatimah Noryyah Jadi Pujaan Di China Dan Mengejutkan Juri Kerana Suaranya


Seorang kanak-kanak Melayu dari Malaysia yang baru berusia 10 tahun kini menjadi sensasi media masa selepas berjaya menawan hati penonton dan netizen China dalam satu pertandingan nyanyian.

Fatimah Noryyah yang dipercayai berasal dari Kuala Lumpur, menyertai pertandingan Zhang Bichen Musim 5 2018 di China dan klip video nyanyiannya menerima respon di luar dugaan.

“Kanak-kanak berusia 10 tahun dari Malaysia ini mempunyai suara yang sangat hebat. Selepas dipimpin oleh guru muzik Zhang Bichen dan beberapa guru muzik yang lain, ekspresi dan suaranya amat menakjubkan.

“Seorang kanak-kanak cantik dengan paru-paru besi. Tak dapat dipercayai!,” tulis keterangan laman Youtube yang memuatnaik lagu tersebut. - Free Malaysia Today