Powered by Blogger.

Tuesday, November 6, 2018

Tidur Dengan Isteri Orang Punca Sao Paolo Dipenggal.


SAO PAOLO: Cuba merogol isteri orang menjadi punca pemain kelab bola sepak Brazil, Sao Paolo, dibunuh kejam dengan kepalanya hampir putus dipenggal manakala kemaluannya di potong minggu lalu.

Menurut laporan media Britain, polis Brazil sudah menahan seorang ahli perniagaan, Edson Brittes, 38, tiga hari selepas kejadian dan dia mengaku membunuh Daniel Correa, 24, kerana cuba merogol isterinya, Cristiana.

Pemain tengah itu dikatakan menghadiri parti hari jadi anak pasangan berkenaan, Allana, yang ke-18 di sebuah kelab malam pada 26 Oktober lalu, sebelum sambutan diteruskan di rumah Edson.

Menurut laporan Mirror, Correa sempat merakam dua keping gambar terakhir bersama seorang wanita yang sedang tidur sebelum mayatnya ditemui dalam belukar.

Dia kemudian mengirim gambarnya dengan wanita berkenaan kepada rakannya menerusi WhatsApp.

Dalam satu mesej, Correa memberitahu dia boleh tidur di rumah itu dan ada beberapa wanita juga tidur di rumah berkenaan.

“Saya akan ‘menjamah’ ibu gadis ini. Bapanya juga ada di sini,” katanya.

Seorang rakan yang tidak dinamakan sempat memberi amaran kepada Correa mengenai tindakannya itu.

“Mereka akan kerjakan kamu dan lelaki itu akan datang membelasah kamu,” katanya.

Menurut polis, pihaknya percaya Correa dibelasah hingga mati di rumah itu sebelum mayatnya dibuang ke belukar.

Polis bagaimanapun, polis tidak pasti sama ada pemain bola sepak itu melakukan hubungan seks dengan Cristiana.

Dalam pengakuannya, Edson berkata, dia memecahkan pintu bilik yang berkunci selepas suara isterinya menjerit dan menarik Correa keluar, lalu membelasahnya.

“Saya menarik, menghumbannya ke lantai bagi menghalangnya merogol isteri saya.

“Saya memukulnya sekuat hati dan mengheretnya keluar rumah. Saya tidak tahu sama ada dia sedar atau tidak.

“Saya tidak merancangkan pembunuhan itu. Saya mencari apa yang ada dalam kereta dan menemui pisau,” katanya yang mengaku memotong kemaluan mangsa selepas membunuhnya.

Polis turut menahan isteri dan anak perempuan Edson manakala tiga lagi suspek yang disyaki memukul mangsa, masih diburu. - Harian Metro