Skip to main content

Warga Bangla Terima Padah Gesel 'Anu' Pada Remaja 14 Tahun.


Terengganu - Seorang remaja perempuan telah menjadi mangsa serangan seksual lelaki warga Bangladesh di sebuah pasar raya.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku di pasar raya di Kuala Nerus pada Jumaat lalu ketika dia pergi ke pasar raya berkenaan bersama keluarganya.

Kejadian tersebut berlaku pada jam 9.45 malam ketika mangsa yang berusia 14 tahun berada bersama keluarga secara tiba-tiba dihampiri oleh suspek.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar, suspek yang berusia 29 tahun merupakan warganegara Bangladesh telah melakukan gangguan seksual terhadap mangsa dengan menggeselkan kemaluannya pada punggung mangsa.

Mangsa yang terkejut dengan tindakan suspek kemudiannya telah bertindak melarikan diri tetapi suspek telah bertindak mengekori mangsa sebelum mengulangi perbuatannya terhadap mangsa sekali lagi.

Tindakan suspek kemudiannya telah disedari oleh bapa mangsa yang turut berada berhampiran tempat kejadian sebelum dia segera menuju ke arah anaknya itu.

Suspek yang menyedari kehadiran bapa mangsa kemudiannya cuba melarikan diri tetapi gagal dan suspek telah ditahan serta diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Susulan kejadian tersebut, bapa mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Balai Polis Gong Badak pada hari yang sama kerana tidak berpuas hati dengan tindakan tidak bermoral yang dilakukan oleh suspek terhadap anak perempuanya.

Suspek yang bekerja sebagai tukang cuci telah ditahan reman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. - Harian Metro

Popular posts from this blog

Polis tahan 7 lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes pukul di Johor Bahru

JOHOR BAHRU: Polis telah menahan tujuh lelaki dan seorang wanita sejak semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah di flat Plentong, dekat sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak ketika dihubungi berkata, tangkapan dibuat selepas polis menerima laporan daripada mangsa pada Sabtu lalu. Katanya, permohonan reman terhadap kesemua individu yang ditahan sedang diproses bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan. Semalam, tular di media sosial sebuah video memaparkan seorang lelaki dipukul oleh lima hingga tujuh individu di dalam sebuah rumah di lokasi kejadian. Susulan kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan dan menerima sembilan jahitan — tiga di bahagian bibir kanan dan enam lagi di telinga kiri. Mangsa yang berusia 21 tahun bekerja sebagai operator di sebuah kilang di Taman Puteri, Kluang. Difahamkan, ketika kejadian, mangsa berada di rumahnya sebelum menerima pesanan ringkas kira-kira jam...

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

Pempengaruh mati ditembak ketika ‘live’ TikTok

ZAPOPAN: Seorang pempengaruh media sosial di Mexico mati ditembak ketika sedang bersiaran langsung di aplikasi TikTok miliknya, Selasa lalu. Menurut pihak berkuasa Jalisco, kejadian berlaku sekitar jam 6.30 petang. Siasatan awal mendapati suspek lelaki menaiki motosikal, tiba di salon milik Valeria Márquez, 23, sebelum melepaskan tembakan terhadap mangsa. Márquez yang memiliki hampir 200,000 pengikut di TikTok, rebah di hadapan kamera selepas dipercayai ditembak di bahagian dada dan kepala, berdasarkan rakaman video berkenaan. Beberapa saat kemudian, seorang wanita yang berada di dalam salon dilihat mengambil telefonnya dan menghentikan siaran langsung itu. Márquez disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Menurut pihak berkuasa, suspek kemudiannya melarikan diri dan masih belum diberkas. Kes kini disiasat di bawah protokol femisid, yang diaktifkan apabila seorang wanita dipercayai menjadi mangsa pembunuhan berpunca daripada jantina. Insiden itu mencetuskan kemarahan umum di Mexico...