Sudah Tiga Tahun Tidak Bertemu, Nabila Luahkan Isi Hati Rindu Ayah


Pada Jun lalu, Abil pernah meluahkan isi hati di laman sosial Instagramnya mengenai hubungan dingin dengan Norhasniza yang didakwa menjadi punca hubungannya dengan Amy semakin renggang dan berjauhan.

Menurut laporan Harian Metro ketika bertemu Nabila berkata, “SAYA rindu papa. Sudah tiga tahun tidak bertemu,” luah Nabila Huda, 34, sayu tatkala ditanya mengenai status terkini hubungan dengan bapanya, Amy Search.

Nabila atau Abil ditemui pada tayangan drama bersiri KL Gangster Underworld arahan Faisal Ishak untuk siaran Iflix di Kuala Lumpur, semalam.

“Saya rasa anda semua tahu bagaimana hubungan saya dengan papa (Amy). Tolong doakan satu hari nanti, keadaan ini akan menjadi baik,” katanya.

Bagaimanapun, Abil turut memohon supaya isu hubungan dingin dengan ibu tirinya, Norhasniza Hassan tidak lagi dihebohkan.

Pelakon itu mengakui sudah penat dan berharap masyarakat yang mungkin tahu kisah mereka, mendoakan agar keadaan akan menjadi lebih baik serta tidak lagi digembar-gemburkan.

Dia turut memohon peminat mendoakan yang terbaik walaupun dia sendiri tidak pasti bagaimana situasi yang berlaku mampu diselesaikan.

“Saya tidak mahu komen lanjut yang akhirnya akan membuatkan perkara ini terus bersambung dengan telahan yang bukan-bukan.

“Pada usia 34 tahun ini, saya perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga kecil saya serta keluarga sebelah suami,” katanya. - Harian Metro