Skip to main content

Ya, PAS Suruh Ahli Undi Calon UMNO - Nik Abduh


Akhirnya Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz telah mengakui bahawa parti tersebut akan mendorong ahlinya agar mengundi calon UMNO pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis.

"Jika ditanya adakah PAS mendorong ahlinya mengundi calon UMNO? Saya jawab, Ya. Itulah yang saya fahami,"katanya ketika memberikan kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Bachok, beliau berkata begitu adalah kerana susulan terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa tindakan PAS yang tidak bertanding dalam PRK  Sungai Kandis adalah kerana bagi menghidupkan kembali UMNO selain dikatakan hanya bersandiwara.

Walaubagaimanapun dalam masa sama PAS turut menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan membantu calon BN berkempen dalam PRK tersebut.

Keputusan PAS untuk tidak bertanding telah menyebabkan wujudnya polemik kepada ahli PAS berhubung calon mana yang harus mereka undi dalam PRK itu nanti.

Mengulas lanjut mengenai kenyataannya, Nik Mohamad Abduh memberitahu bahawa pendirian tersebut dibuat adalah kerana BN bukanlah rakan gabungan politik PAS dalam Gagasan Sejahtera.

"Maka, tiada arahan wajib yang mengarahkan ahli PAS mengundi UMNO/BN," katanya.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Nasrudin Hassan dilaporkan berkata PH perlu dikalahkan dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini kerana masih gagal menunaikan janji Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) terutama yang terkandung dalam janji 100 hari.

Tiga calon bakal berentap dalam PRK Sungai Kandis pada 4 Ogos ini membabitkan pertembungan di antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Lokman Noor Adam dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni serta calon Bebas, K Murthy.

Selepas kematian wakil rakyatnya Mat Shuhaimi Shafier yang meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai yang lalu, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis telah kosong.

Menurutnya lagi, PAS yakin bahawa dengan kebijaksanaan ahlinya dalam membuat pilihan akan mengundi calon yang terbaik buat mereka adalah merupakan kewajipan buat mereka bagi memilih yang terbaik untuk menerajui negara ini.

"Arahan PAS adalah menolak kerajaan PH. Sikap dan pendirian PAS terhadap PH adalah sama, sama ada sebelum atau selepas PRU-14, iaitu menolak PH.

"Bagi PAS, PH bukanlah pilihan terbaik untuk menggantikan BN. Keadaan ekonomi dan sektor lain yang tidak stabil selepas PRU-14 semakin membuktikan benarnya pendirian PAS," katanya.

Malah kegagalan awal kerajaan PH untuk mengotakan janji awal manifestonya menjadi hujah untuk rakyat menolak kerajaan PH hari ini.

"Mengundi PH bererti menyuburkan dan membengkakkan lagi nafsu PH untuk mengalahkan PAS. Ertinya, ahli PAS mengundi PH adalah tindakan menikam diri sendiri. Ia tertolak," katanya.

Dalam dakwaan mengatakan PAS mahu menghidupkan UMNO dalam PRK itu, Nik Mohamad Abduh berkata, PAS menghidupkan UMNO dengan memberi kesedaran kepada UMNO dengan Islam.

"UMNO adalah abang PAS yang lama lupa diri akibat terlalu lama di anjung kuasa. Kesedaran UMNO adalah kekuatan kepada PAS untuk memastikan Islam lebih berdaulat di bumi ini.

"Islam memerlukan umatnya sendiri untuk bangkit mempertahankan agamanya," katanya.

Beliau berkata, UMNO hilang nafsu untuk mengalahkan PAS, sekali gus menjadikan UMNO bukan lagi ancaman yang utama kepada PAS hari ini.

"Malah, beberapa petunjuk baharu menunjukkan UMNO berusaha memperbaiki hubungannya dengan PAS. PAS amat mengalukannya," katanya. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...