Video: Bapa Tiri Pukul Kerana Handphone Tular


Tular di media sosial video seorang kanak-kanak yang menangis semahunya kerana dipercayai telah menjadi mangsa dera bapa tiri serta ibunya sendiri.

Video yang berdurasi satu minit 16 saat tersebut telah dirakamkan oleh bapa kandung kanak-kanak tersebut yang kemudiannya telah memuat naik video tersebut di media sosial facebook.

Melalui kapsyen yang di muat naik oleh bapa kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Aris, memberitahu bahawa anaknya itu terus menangis serta memeluknya selepas masuk sahaja ke dalam keretanya.

Merujuk kepada video tersebut kelihatan Aris yang menangis sambil ditanya oleh ayahnya mengapa dia menangis dan Aris memberitahu kepada bapanya bahawa papa tirinya selalu memukulnya dengan menggunakan rotan.

Malah ketika ditanya jika Aris ada melakukan kesalahan malah Aris memberitahu bahawa dia tidak melakukan apa-apa kesalahan tetapi sering dipukul dengan menggunakan rotan oleh bapa tirinya malah puinca dia dirotan juga ada membabitkan adik-adiknya.

Bukan itu sahaja malah aris juga turut memberitahu bahawa mama kandungnya itu juga turut sering memukulnya walaupun tidak membuat sebarang kesalahan.

Menurut bapa kandung Aris, kalau sememangnya dah benci dengan anaknya itu tidak perlulah nak ambil untuk jaga Aris serta janganlah didera mental dan fizikal anaknya itu. - Online News