Skip to main content

Umno, PAS Akan Bergabung Letak Satu Calon Di Sungai Kandis.


Umno bersama parti komponen Barisan Nasional (BN) akan berbincang bersama PAS untuk meletakkan hanya seorang calon pembangkang bertanding dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Kandis, di Selangor nanti.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerjasama itu merupakan strategi pihak pembangkang dalam usaha memastikan pertembungan satu lawan satu, pada PRK itu sekali gus memberikan saingan sengit.

“Kami perlu mengadakan perbincangan dengan parti-parti lain yang menjadi pembangkang khususnya PAS untuk menentukan bahawa seorang calon sahaja akan bertanding.

“Kami akan ambil perkiraan kebolehmenangan kepada parti dan juga kebolehsokongan kepada calon yang akan (diletakkan) bertanding di DUN Sg Kandis, ertinya, daripada pihak pembangkang, termasuk Umno dan parti-parti komponen BN kami bersetuju hanya seorang calon sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan majlis kesyukuran meraikan 93 bakal haji kawasan Parlimen Bagan Datuk petang semalam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 4 Ogos sebagai hari pengundian manakala hari penamaan calon pada 21 Julai ini.

Ahmad Zahid turut menjelaskan perbincangan untuk mengunakan logo Umno pada PRK itu juga turut akan dibincangkan dalam masa terdekat selepas ia dicadangkan Timbalan Presidennya Datuk Seri Mohamad Hasan baru-baru ini.

“Kami belum meneliti secara rasmi (cadangan) itu biarpun ia merupakan cadangan yang diperbincangkan dalam jawatankuasa pengurusan dan saya akan membawa perkara ini ke dalam mesyuarat jawatankuasa politik untuk kami melihat perincian terhadap keberuntungan jika menggunakan logo di luar BN,” katanya.

Ditanya mengenai dana untuk berkempen pada PRK nanti susulan pembekuan akaun Umno pusat dan Selangor, Ahmad Zahid berkata beliau yakin masih ramai individu dan anggota parti itu sendiri akan membuat sumbangan untuk membantu gerak kerja parti semasa berkempen.

“Kami tidak akan berbelanja seperti PRK terdahulu, tapi pegangan kami ialah ‘kos rendah (tapi) impak yang tinggi’ itu pendekatan kami ambil nanti,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong susulan penyandang kerusi berkenaan Mat Shuhaimi Shafiei daripada PKR meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 2 Julai lepas.

Pada pilihan raya umum ke-14, Allahyarham Mat Shuhaimi memperoleh 23,998 undi menewaskan calon BN daripada Umno, Datuk Kamaruzzaman Johari (11,518); calon PAS, Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76). - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...