Skip to main content

Tak Sangka Produk Kosmetik Yang Terkenal Ini Antara 122 Produk Mengandungi Bahan Berbahaya.


Kecantikan dengan kaum wanita sememangnya tidak dapat dipisahkan namun sebelum menggunakan sesuatu produk kecantikkan Kementerian Kesihatan Malaysia menasihati pengguna agar menyemak kembali produk kosmetik yang di beli.

Ini kerana pihak mereka telah mengeluarkan senarai terbaru mengenai 117 produk kosmetik di tiga buah negara iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura yang mengandungi bahan racun berjadual yang membahayakan kesihatan pengguna barangan komestik.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyenaraikan 122 produk kosmetik yang diharamkan penggunaannya di Malaysia berikutan ia mengandungi racun berjadual. Senarai tambahan produk kosmetik terbaru yang mengandungi racun berjadual telah disiarkan dalam kenyataan akhbar Kementeriaan Kesihatan Malaysia pada 7 Jun 2018.

Namun begitu masih ramai lagi yang masih tidak mengetahui produk kosmetik yang tidak selamat digunakan serta merbahaya bagi pengguna jika berterusan memakainya.

Berikut merupakan senarai baru 122 produk komestik dari tahun 2008 hingga 2018 yang mengandungi racun berjadual dan diharamkan penggunaannya oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) :

1. Khazanah White Pembersih Wajah

2. Gloskin Krim Malam dan Siang

3. Reena’s Astringen Lanjutan

4. Skin Desires Deep Whitening Cleansing Milk

5. EETYE Whitening Cream

6. O’Lynn Skin Lightening Cream

7. Hans Beauty Flawless Day Cream

8. Hans Beauty Flawless Night Cream

9. Hans Beauty Treatment Toner

10. AS Beauty Night Cream

11. AS Beauty Day Cream

12. Golden Horse Herbal Milk Lotion

13. Golden Horse Bio Complex Cream

14. Dermaceutic Spot Cream

15. Dermaceutic Spot Peel Cream

16. Yellow Cream (Krim Ku-Neng)

17. Dnars Magic Gold Foundation

18. SF PROTECT and PERFECT DAY CREAM

19. Sensual Meiji Skin Renewal Cream

20. Acrena Pure Herbal Papaya Soap

21. White Complex

22. SS Pearl Cream

23. SS Vita C Night Repair

24. Cellnex Anti-Sensitive Essence Treatment

25. Natural 99 Night Cream

26. Natural 99 Day Cream

27. SF Beauty Night Cream (Facial)

28. SF Beauty Day Cream (Facial)

29. Aveana Night Revival Cream

30. Blemished Skin Ampoules

31. Golden Horse B&W Cream

32. Felisa Gentle Peeling Solution

33. Krim Malam Rahsia Rimba

34. Biocosmeti Whitening Essence Cream

35. H2O Waterwhite Brightening Night Cream

36. Magiexpress Lightening Plus

37. A. Vant Cream

38. Eriesya Spa Beauty Cream

39. Natasya Krim Herba

40. Temulawak Whitening Pearl Cream Papaya

41. Ratna Sari Whitening Night Cream

42. ATIKA BEAUTY Renewal Night Cream

43. Chantique-Whitening Night Cream

44. NV Toner Treatment No 1

45. NV Toner Treatment No 2

46. Zara Rejuvenation Cream

47. Beauty Line Beautitude Multi-purpose Cream

48. Pigmentation Recovery Complex

49. Natasya Gold Krim Herba

50. De Putih Night Cream

51. Krim Malam Shana

52. Biotox Whitening Hydro Cream

53. BML HB LOTION

54. Yoko Whitening Cream

55. Sue Beauty Night Treatment Cream

56. Sensual Whitening Cream

57. Derma-Rx Arbutin-R Cream

58. DS.1 Blemish Control Cream

59. Ezee Sunblock Cream

60. MONTAGNE JUENESSE CHOCOLATE MASQUE

61. Daily Protecting Cream-Joie et Beaute

62. La Bliss Skin Brightening Cream

63. San Dynamic Intensive Light Cream

64. Putih Gebu Sun-Block Collagen Lotion

65. Bio-Clear Intensive Renewal Complex

66. MS Wellmood Enhancing Cream

67. Renewing Cream

68. E Beaute Total Revitalizer Night Cream

69. MS Wellmod Lightening Complex

70. Qu Puteh Whitening Pro 9

71. Melan:Off Intensive Mask

72. Melan:Off Maintainance Cream

73. Afrina Daily Cream

74. Afrina Night Cream

75. Krim Herba Kemboja

76. Day Pinky Cream

77. Night Glow Cream

78. Debella Nadien Glow Night Cream

79. Mekar Semilu Scrub Muka Mutiara Beauty

80. Mekar Semilu Cream Mekarsutra

81. Moleek Day Cream

82. Adel Miracle Flawless Serum

83. Ah Beauty Night Cream

84. NDZ UV Whitening

85. Snow Cream Normal

86. Snow Cream Sensitif

87. Dnars Nar Cream-Sensitif

88. Ellfie Night Cream

89. Tati Skincare Night Cream

90. Tati Skincare Treatment Cream

91. Moleek Anti Pigment Cream

92. Night Glowing

93. Night Glow

94. Glowing Speed Gold Day Cream

95. Glowing Speed Gold Night Cream

96. Qu Gebu AP Krim

97. Nour Ain Night Cream

98. Royal Expert Whitening Cream

99. Nuriz Kosmetik-D’solve Plus

100. Nuriz Shoppe-Beau One Whitening Cream 3in1

101. Cantiqa Face Toner

102. Rzac Platinum Toner

103. Magic Cream

104. Dnars Sunny Cream

105. Night Cream Dollys Pinky

106. Nuriz Shoppe-Uv Pearl Cream

107. Nuriz-D’solve

108. Aura Gorgeous Night Cream

109. NV Anti Blemish Toner 1

110. Dnars Honey Cream

111. Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus

112. Dnars Yellow Gold Collagen

113. Luffiya Night Cream 1

114. Luffiya Night Cream 2

115. GG Pinky Day Cream for Skin

116. Tati Therapy Cream 1

117. Tati Therapy Cream 2

118. Deeja Cosmetic Star Cream

119. Deeja Cosmetic Vogue Cream

120. Deeja Krim Nano (Night)

121. Miracle White- Brightening Cream

122. Deluxe Beauty-Ultra Lightening Cream.

Kesemua senarai produk kosmetik ini telah diuji oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan disahkan mengandungi kandungan racun berjadual yang berbahaya seperti Merkuri, Hydroquinone, Tretinoin, Azaleik Asid dan steroid.

Selain itu juga KKM telah pun menasihati serta menggesa orang ramai supaya mengelak dari membeli mahupun menggunakan produk kosmetik yang telah disenaraikan seperti di atas.

Menurut ahli profesional dalam bidang kesihatan penggunaan produk kosmetik tersebut perlu dihentikan serta-merta sekiranya mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan selepas menggunakan produk kosmetik di atas.

Sebagai pengguna yang bijak, anda harus memeriksa kandungan sesuatu produk kosmetik sebelum membelinya. Rujuk pakar yang bertauliah untuk mendapatkan khidmat nasihat dan jangan terlalu terpengaruh dengan iklan produk kecantikan dan membelinya tanpa usul periksa.

Bukan semua produk kosmetik memberikan kesan sampingan serta-merta, ada juga yang memakan jangka masa bertahun sebelum kesan sampingan tersebut dapat dikenal pasti dan bila dikenal pasti ianya sudah terlambat.

Jadi sebelum membeli sebarang produk selidik la dulu kandungan bahan yang terdapat di dalamnya bagi mengelakkan sebarang masalah di kemudian hari. - Online News


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...