Skip to main content

Suspek Utama Kes Tikam Dan Gilis Di Stesen Minyak Taman Pelangi Direman


Suspek kes pembunuhan kejam di Stesen Minyak Taman Pelangi yang tular pada akhir tahun lepas, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Menurut laporan Malaysiakini, Lelaki yang dipercayai dalang utama kes pembunuhan kejam seorang lelaki di Taman Pelangi di Johor Bahru direman.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor SAC Kamaluddin Kassim berkata reman bermula 6 Julai hingga Khamis ini (12 Julai) itu dikeluarkan Timbalan Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi di sini, Hafizah Johor Arif Johor.

Ia bagi membolehkan pihak polis melengkapkan siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaankerana membunuh, katanya ketika dihubungi Bernama.

Suspek berusia dalam lingkungan 40 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa Thailand pada penghujung Mei lepas sebelum diekstradisikan ke Malaysia dan tiba di negeri ini pada petang Khamis lalu (5 Julai). selepas melarikan diri daripada pihak polis Johor susulan kejadian.

Empat hari sebelum itu (1 Julai), dua suspek yang turut terlibat dalam kes berkenaan telah dituduh di Mahkamah Sesyen Johor Bahru.

Kedua-dua tertuduh yang masing-masing berumur 54 dan 58 tahun adalah anggota kumpulan jenayah terancang ‘Jin Jee Tong’ dan dituduh mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan mengikut Akta KesalahanKeselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.

Dalam kejadian pada 17 Dis 2017 itu, seorang lelaki berusia 30-an maut selepas ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menaiki kereta jenis BMW dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Pelangi, di sini sebentar tadi.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Khalil Kader Mohd. berkata, kejadian berlaku pukul 7.30 malam ketika mangsa bersama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang mendakwa isteri mangsa sedang mengisi angin tayar kereta Volkswagen dinaiki mereka di stesen berkenaan.

“Secara tiba-tiba datang suspek dipercayai seramai empat orang cuba menarik mangsa masuk ke dalam kereta mereka, namun mangsa yang bergelut berjaya meloloskan diri.

“Suspek kemudian bertindak melanggar mangsa sebelum mengundur dan melanggar mangsa sekali lagi sebelum melarikan diri,” katanya ditemui di lokasi kejadian di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan tikaman di dada kiri mangsa.

Menurut sumber wanita warga asing berkenaan yang bertindak melarikan diri untuk meminta pertolongan, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ujarnya, motif kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pihaknya kini sedang mengesan pemilik kereta BMW bernombor pendaftaran WB 79 L berkenaan.
 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...