Skip to main content

Siasatan Dibuka Selepas Kami Menerima Laporan Isu Perkahwinan Budak 11 Tahuni Gua Musang - Polis


Selepas tular gambar pernikahan yang disebar oleh isteri ke 2, lelaki yang berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun tampil memberi kenyataan.

Suami tidak akan melepaskan isteri ketiganya itu walaupun menerima pelbagai desakan dan andaian kurang tepat berhubung perkahwinannya dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun.

Menurut laporan Malaysiakini, Polis Kelantan menolak kemungkinan unsur jenayah membabitkan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berumur 41 tahun yang tular di media sosial ketika ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata siasatan mendapati tiada sebarang unsur ugutan, paksaan atau rayuan mahupun pedofilia terhadap kanak-kanak tersebut untuk berkahwin dengan suaminya.

"Siasatan kes berkenaan dibuka selepas kami menerima laporan polis yang dibuat oleh isteri kedua lelaki tersebut yang berumur 34 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang semalam.

"Kes berkenaan bagaimanapun diserahkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) dan difahamkan ia kini disiasat di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam 2002 kerana berkahwin dengan wanita berusia bawah 18 tahun," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di Kota Bharu, hari ini.

Beliau berkata suami kepada kanak-kanak tersebut yang merupakan peraih getah sekerap tidak ditahan untuk siasatan dan masih bebas kerana perkahwinan itu dipersetujui oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang unsur jenayah.

Katanya, bagaimanapun polis akan membuat semakan terhadap taraf kewarganegaraan, status penduduk tetap ataupun dokumen perjalanan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki berkenaan dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.

Sebelum ini isterinya memuat naik gambar di facebook mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya tetapi apa yang menarik perhatian adalah umur madunya itu.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Effa Zulkifle telah mengucapkan selamat pengantin baru kepada suaminya serta madu barunya yang baru berusia 11 tahun.

Termasuk ibu bapa budak perempuan berusia 11 tahun merestui pernikahan anak mereka walaupun sebagai isteri ketiga kepada lelaki berusia 41 tahun di Sungai Golok, Thailand pada 18 Jun lepas, ketika umat Islam merayakan Aidilfitri.

Bapanya Mat Rashid Rimadsa, 49, warganegara Thailand, berkata beliau amat mengenali lelaki Malaysia itu, yang tinggal di Kampung Lalang, Kuala Betis, Gua Musang kerana selalu menjual getah tongkol (sekerap) kepadanya. - Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...