Skip to main content

Selepas 2 Bulan Najib Jawab Kenapa Barisan Nasional Kalah PRU14.




Kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) perlu dijadikan iktibar untuk parti itu menilai segala kelemahannya.

Menurut Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika ditemubual Malaysiakini berkata Ini cerita panjang. "Kami akan ada di sini sampai petang jika perlu ceritakan semua yang silap".

"Ia sebenarnya, disebabkan oleh beberapa perkara. Dalam kes ini, ia merupakan keruntuhan sistematik banyak perkara sabotaj dalaman, kelemahan dalam memainkan peranan"

"Kami mengadakan kempen yang positif. Kami fikir kami ada kisah yang hebat untuk dikongsi, ke mana kita nak bawa negara. Kami ada wawasan untuk Malaysia dan rancangan sebenar untuk negara ini. Kita sudah melaksanakannya dan kita yakin boleh melaksanakan lebih banyak lagi."

"Kami fikir itu sudah cukup bagus, kisah yang hebat untuk diberitahu pada rakyat. Dan kami ada hasilnya. Angka pertumbuhan."

"Pertumbuhan yang kukuh, pembangunan terutama di negeri Sabah dan Sarawak yang sebelum ini diabaikan, selain negeri pantai timur semenanjung, kami meningkatkan pengangkutan awam dengan begitu ketara, pengangguran rendah, ketidaksamarataan gaji semakin diatasi, pasaran saham kukuh."

"Ringgit juga semakin kukuh, harga komoditi semakin baik. Kita selesaikan perjanjain IPP yang berat sebelah yang menjimatkan kita berbilion ringgit setiap tahun, beli semula lebih raya PLUS bagi memastikan tidak peningkatan tol di lebuh raya yang dimiliki PLUS dan memastikan KWSP mendapat manfaat daripada kutipan tol."

"Bank Dunia dan IMF meramalkan Malaysia akan mencapai status negara berpendapatan tinggi seawal tiga tahun ke hadapan."

"Setiap sektor, golongan kelas pertengahan sekalipun, kita mempunyai pengurangan ketara cukai pendapatan dan jika pendapatan RM4,000 dan ke bawah, tak perlu bayar cukai. Saya memberikan pelbagai pengecualian dan melaksanakan bantuan kepada golongan B40 yang merupakan pertama kali dalam sejarah Malaysia."

"Sudah tentu, ada banyak lagi yang kita boleh banggakan dalam sembilan tahun ketika saya menjadi perdana menteri. Saya rasa kesilapan terbesar kami adalah tidak membuat janji manis (dalam manifesto) yang kami tahu mustahil dilaksanakan seperti apa yang dilakukan pembangkang."

"Ketika ditanya mengenai kekalahan ini akan menjadi pengakhiran buat BN, Najib menjawap "Saya tidak fikir ia merupakan pengakhiran untuk BN tapi ia akan menjadi jalan yang sukar buat BN untuk terus ke hadapan. Semestinya, bukan untuk mereka yang lemah semangat."

"Untuk berjaya mengatasi cabaran seperti ini, anda perlu mempunyai keberanian, anda perlu sabar. Anda perlu mampu meyakinkan rakyat untuk mendapatkan semula keyakinan mereka."

"Jangan lupa Reformasi mengambil masa 20 tahun untuk tiba pada hari ini. Pada satu tahap, pada 2004, mereka (pembangkang ketika itu) hampir terhapus sepenuhnya (dalam pilihan raya), namun mereka bertahan, dan bangkit semula."

"Dan ada antara mereka yang boleh menceritakan kisah mengerikan ketika mula-mula reformasi tercetus tentang pemimpin mereka, mereka menjadi "tetamu" kerajaan dalam tempoh yang agak lama, tapi keadaan sudah berbeza hari ini." - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...