Skip to main content

Saya Tak Faham Kenapa Rakyat Malaysia Derma Tabung Harapan


Bung Moktar Radin mengaku tidak faham kenapa rakyat Malaysia masih menyumbang kepada Tabung Harapan apabila kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meminta sumbangan rakyat.

Anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata ini terutamanya apabila kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) meminta sumbangan rakyat ketika ia belum lagi menunaikan manifesto pilihan raya mereka.

"Hutang negara menurut Menteri Kewangan Lim Guan Eng adalah sebanyak RM1 trilion.

"Ada 10 hingga 20 negara dengan hutang lebih RM1 trilion, malah ada yang hampir cecah RM2 trilion, tapi tak ada daripada negara ini yang meminta dana daripada orang awam," katanya dalam wawancara bersama Malaysiakini minggu lalu.

Bung Moktar memetik Singapura, AS, UK dan Itali sebagai antara negara dengan hutang yang melebihi RM1 trilion.

Tambah Bung Moktar, kerajaan sebelum ini di bawah pentadbiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berdepan masalah hutang yang sama namun mampu memberi rakyat BR1M.

"Kerajaan baru minta sumbangan orang awam ketika ia belum menunaikan janjinya. Tapi rakyat sudi menderma.

"Anda janjikan rakyat sesuatu, tapi belum tunaikan, sekarang minta derma daripada rakyat. Kenapa? Saya tak faham.

"Mungkin mereka suka kerajaan sekarang? Saya tak tahu. Kita cuma boleh agak, tapi lebih baik jangan agak.

"Atau mungkin generasi muda suka kerajaan dan pemimpin yang berjanji tapi tak tunaikan. Jika ini yang mereka mahu, pilihan raya umum (PRU) akan datang saya akan buat benda sama," katanya berjenaka.

Perkara itu, jelas Bung Moktar yang juga merupakan anggota parlimen Kinabatangan, akan menyebabkan lebih ramai pemimpin dan calon PRU akan membuat janji kosong pada PRU akan datang.

Katanya, Tabung Harapan tidak boleh disamakan dengan tabung untuk membantu Najib membayar kos ikat jamin perbicaraan mahkamah Najib 9 Julai lalu.

Tabung untuk Najib, katanya, didermakan oleh anggota dan penyokong Umno yang menyayangi Najib.

Bung Moktar berkata demikian sebagai merujuk kes perbicaraan Najib atas dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berhubung SRC International, yang merupakan syarikat subsidiari 1MDB.

Pada 9 Mei lalu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan penubuhan Tabung Harapan bagi rakyat Malaysia yang ingin menderma untuk membantu kerajaan membayar hutang negara..

Tabung berkenaan mengutip RM7 juta dalam tempoh 24 jam dan melebihi RM108 juta dalam tempoh sebulan selepas ditubuhkan. Setakat 14 Julai, tabung itu mengutip hampir RM150 juta. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...