Saya Sedia Jadi Orang Tengah, Debat Zakir Dan Ramasamy. - Dr Mujahid


Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini telah tampil menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah Dr Zakir Naik dan P Ramasamy.

Menurut Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa sedia menawarkan diri menyelesaikan konflik pertikaian antara penceramah agama terkemuka itu dan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang.

Dr Mujahid berkata beliau berpendapat debat melibatkan Dr Zakir Naik dan P Ramasamy diadakan secara tertutup beliau sendiri bersedia menjadi orang tengah menyelesaikan konflik ini.

Menurut beliau lagi, debat secara terbuka diantara Dr Zakir Naik dan P Ramasamy tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat kita di Malaysia.

Cadangan ini dikemukakan setelah ada pihak yang cuba menganjurkan debat melibatkan dua tokoh itu secara terbuka.

"Ia tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat negara ini yang berbilang agama dan kaum." katanya pada sidang media di Parit Buntar hari ini.

"Dalam suasana masyarakat negara ini yang berbilang bangsa dan agama, perdebatan secara terbuka antara dua tokoh itu dibimbangi akan mencetuskan ketegangan agama dan kaum."

Menurut beliau lagi segala pertuduhan dikemukakan terhadap Zakir masih belum disahkan di negara beliau sendiri iaitu India.

"Jadi, saya fikir Zakir mempunyai hak untuk tinggal di negara ini selagi mana beliau mematuhi undang-undang negara." 

Sebelum ini Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin cadang menganjurkan debat secara terbuka antara Zakir dan Ramasamy bagi menentukan siapa pengganas yang sebenar.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang juga Anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, cadang agar kerajaan menghantar pulang Dr Zakir Naik ke India supaya hubungan Malaysia dan negara itu tidak terjejas.

Untuk pengetahuan, sebelum ini Dr Zakir Naik telah bersetuju berdebat secara terbuka dengan Ramasamy, akan tetapi Ramasamy meletakkan syarat untuknya berdebat dengan Zakir, pendakwah itu diminta pulang ke negaranya terlebih dahulu bagi menghadapi dakwaan dan membersihkan namanya. - Bernama