Skip to main content

Neymar Menipu Dan Berlakon Sakit Ketika Perlawanan 'Buang Masa' 14 Minit Atas Padang.


Russia: Bintang Brazil, Neymar dikecam teruk gara-gara tindakan 'lakonan' melampaunya pada kempen Piala Dunia.

Lebih buruk lagi, satu kajian yang dilakukan stesen televisyen di Switzerland, RTS Sport mendapati, pemain kelab Paris Saint-Germain itu terbaring selama 14 minit di atas padang sepanjang aksinya di Russia sekali gus mencetuskan rasa bengang pemain lawan.

Pada perlawanan menentang Mexico pada 2 Julai lalu, dia terbaring keseluruhan selama lima minit dan 29 saat dengan tempoh paling lama perlawanan dihentikan apabila pemain Mexico, Miguel Layun dikatakan memijak buku lali kanan Neymar.

Ketika insiden berkenaan, Neymar terbaring untuk tempoh hampir dua minit berdasarkan laporan RTS.

RTS juga melaporkan bahawa penyerang itu turut terbaring di dalam padang hampir dua minit ketika menentang Serbia dan tiga minit 40 saat ketika menentang Switzerland.

Keseluruhan masa 'kecederaan' yang dialami Neymar itu adalah 13 minit 50 saat sejak kejohanan bermula.

Sememangnya pemain lawan gemar menggunakan fizikal untuk mengekang pergerakan Neymar namun ada yang melihat tindak balas pemain itu agak keterlaluan.

Jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio menggelar Neymar sebagai 'badut' selepas Layun memijak kaki pemain itu dengan menyatakan "kami mengawal permainan tapi bagi saya ia memalukan apabila banyak masa terbuang angkara seorang pemain."

Sebelum ini Neymar mengetepikan kritikan apabila membawa juara lima kali Piala Dunia itu meraih kemenangan penting ketika mengatasi Mexico malam tadi dan layak ke suku akhir, berdepan Belgium.
 

Neymar menjaringkan satu gol dan membantu untuk gol kedua ketika Brazil yang semakin meningkat mengatasi Mexico 2-0 di peringkat saingan 16 terbaik.

Namun persembahan menyinar Neymar dicemari satu lagi kecenderungannya berlebih-lebihan ketika dicabar.

Tahap terbaru dalam katalog sejarah perangainya terjadi pada babak kedua apabila pemain tengah Mexico, Miguel Layun tampak memijak pergelangan kakinya ketika dia duduk.

Neymar terus menggelupur, menggambarkan dia seakan-akan terkejut dan menderita kesakitan.

“Saya rasa ia sesuatu yang memalukan buat bola sepak,” kata jurulatih Mexico, Juan Carlos Osorio selepas itu sambil berkata perangai Neymar hanya membuang banyak masa.

“Kami membuang banyak masa hanya kerana seorang pemain … kami hilang gaya kami pada babak kedua kerana pengadil.

“Ini adalah contoh yang buruk buat dunia dan dunia bola sepak.”

Media sosial meletup dengan peminat marah dan menyalahkan Neymar kerana menipu dan bekas penyerang England, Alan Shearer menggambarkan tindakan bintang Paris Saint-Germain itu sebagai sesuatu yang “sangat kasihan.”

“Tiada keraguan mengenai kemampuannya. Dia pemain yang menakjubkan,” kata Shearer yang bertugas di Russia buat penyiar Britain, BBC.

“Namun, ia nampak ‘sangat kasihan’ apabila dia bergolek seperti dia sangat menderita.

Popular posts from this blog

Konflik dalaman keluarga punca suami kelar isteri, bakar 4 kenderaan di rumah mentua

TANGKAK – Polis mengesahkan bahawa punca seorang suami mengelar isterinya sehingga maut berpunca daripada konflik dalaman keluarga yang dihadapi pasangan tersebut. Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, pada mulanya pihak polis menerima laporan berkaitan kejadian kebakaran melibatkan empat buah kenderaan. Bagaimanapun, suspek yang dibawa ke balai polis kemudian memaklumkan bahawa isterinya telah meninggal dunia di kediaman mereka di Bukit Gambir. “Bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota polis telah digerakkan ke rumah suspek dan mendapati isteri suspek telah meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher. “Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berselubung dan sebilah pisau berlumuran darah yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dijumpai berhampiran wanita tersebut,” katanya ketika dihubungi pada Rabu. Beliau turut memaklumkan bahawa hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif daripada sebarang pengaruh dadah. Sebelum ini, katanya, s...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...

VIDEO TULAR: WANITA LOMPAT KELUAR DARI KENDERAAN SEDANG BERGERAK

KLANG: Seorang wanita mengalami kecederaan selepas terjun dari sebuah kereta yang sedang bergerak kerana didakwa berasa tidak selesa dengan seorang pemandu p-hailing. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, dalam satu kenyataan pada Sabtu (2 Mei), berkata pemandu berusia 47 tahun itu telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut selepas insiden pada 1 Mei. “Insiden berlaku di tengah jalan berhampiran sebuah stesen minyak di Taman Eng Ann ketika pengadu sedang membawa dua penumpang. “Tiba-tiba, salah seorang penumpang wanita membuka pintu belakang sebelah kanan dan terjun keluar ketika kenderaan masih bergerak. Pengadu segera memberhentikan kenderaan dan mendapati wanita tersebut mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu,” katanya. Siasatan mendapati wanita itu dipercayai berasa cemas dan takut akan keselamatannya kerana pemandu didakwa melihatnya melalui cermin pandang belakang tanpa sebab yang munasabah. Wanita itu kemudian dihantar ke sebuah ...