Skip to main content

Najib Ucap Terima Kasih Kepada Ketua Wanita Umno Derma Barang Kemas Bantu Tabung Free Najib.


Datuk Seri Najib Razak hari ini dalam kenyataannya mengucapkan terima kasih kepada Puan Zaleha Bujang iaitu Ketua Wanita Jasin kerana kesanggupan beliau mendermakan barang kemas beliau bagi membatu Najib.

Najib dalam kenyataannya melalui Twitter miliknya Mohd Najib Tun Razak meluahkan rasa betapa tersentuhnya hati beliau di atas kesanggupan Zaleha mengorbankan gelang tangan kesayangannya untuk menyumbang kepada Tabung Bantuan ikat jamin beliau.
Dapat dilihat di ruangan komen kenyataan Najib tersebut oleh netizen yang ada mendoakan kesejahteraan Najib serta memberikan semangat agar beliau tetap tenang dalam menghadapi hukuman dunia.

Malah ada yang mengatakan pendapat bahawa lagi baik jika mendoakan yang baik-baik bagi Najib daripada terus-terusan mengutuk beliau kerana kita sendiri pun tak tahu apa balasan yang bakal kita terima dan belum tentu kita yang selalu kutuk dia itu tak ada dosa.


Malah ada juga yang turut mengutuk beliau dengan mengatakan bahawa Najib ini seorang yang tidak tahu malu dan tidak langsung rasa bersalah di atas apa yang telah dia lakukan.

Malah individu terbabit juga turut mengatakan bahawa Najib ini umpama manusia yang bertopengkan syaitan apabila sanggup mengambil duit orang ramai cuma kali ini atas nama derma.


Semalam sebuah video berdurasi satu minit dua puluh saat tular dimedia sosial dimana Ketua Wanita Umno Jasin Datuk Zaleha Bujang mengumumkan akan mendermakan seutas barang kemas bagi membantu bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak membayar yuran guamannya.

Menurut laporan, melalui klip video yang dimuat naik di Facebook, Zaleha berkata dia akan serahkan gelang kesayangannya kepada tabung kutipan derma bagi membantu Datuk Seri Najib Razak.

"Pada pagi Jumaat yang mulia ini saya mahu serahkan gelang yang saya pakai, yang saya sayangi, untuk tabung Datuk Seri Najib Razak.

"Semoga Allah melindungi Najib daripada perkara-perkara yang menganiaya beliau," katanya diiringi sokongan rakan-rakannya.

Klip video itu disertai keterangan: "Demi parti Umno yang dikasihi...derma untuk tabung DSN (Najib)".

Penyokong Datuk Seri Najib Razak kini memulakan tabung untuk memberikan sokongan kewangan kepada bekas perdana menteri itu yang sedang berdepan dengan kes mahkamah.

Bekas ketua pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii berkata langkah tersebut diambil kerana mengambil kira keadaan bekas presiden mereka yang tidak mampu menjelaskan ikat jamin ditetapkan mahkamah semalam. 

Razlan berkata tidak wajar untuk anggota Umno melupakan Najib ketika bekas presiden mereka itu berada dalam kesusahan ketika ini.


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...