Skip to main content

Keadaan Puteri Balqis Yang Hidap Kanser.


Seorang pelakon cilik yang pernah memenangi Pelakon Wanita Terbaik, anugerah Televisyen Asia ke -19 (2014) Puteri Balqis Azizi, 11 tahun dikatakan sedang menjalani rawatan bagi melawan penyakit yang dihidapinya.

Aqish yang dikatakan menghadapi masalah jantung telah menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai apabila mengongsikan di Instagram peribadi miliknya keadaan dirinya sedang menjalani rawatan bersama tanda pagar #fightcancer.

Menurut laporan Berita Harian, status yang dimuat naik, kelmarin, menerusi akaun @rockingbalqis itu memaparkan gambar pelakon kanak-kanak berkenaan memakai topeng mulut dalam keadaan ceria berserta keterangan menyatakan dirinya sudah menjalani rawatan.

Pada status dipercayai dikongsi ibunya sendiri, Norashikin Mohd Aziz, tahap kesihatan Puteri Balqis yang mesra disapa Aqish itu juga dikatakan semakin baik.

Namun tanda pagar #fightcancer seakan-akan memberi bayangan mengenai penyakit sebenar Pelakon Wanita Terbaik, Anugerah Televisyen Asia ke-19 (2014) itu walaupun sebelum ini dia dikatakan menghadapi masalah jantung.

Norashikin ketika dihubungi mengesahkan anaknya menghidap kanser, tetapi tidak menyatakan secara terperinci jenis barah yang menyerang Aqish.

Sambil memohon maaf kerana enggan ditemubual pada waktu ini, beliau bagaimanapun berkata, semangat anaknya semakin kuat walaupun sedang berhadapan masalah kesihatan.

"Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

"Apa pun dia semakin kuat," ulasnya ringkas kepada BH Online menerusi aplikasi WhatsApp (WA).

Pada Mei lalu, Norashikin mengesahkan si kecil yang menceburi arena seni sejak usia dua tahun itu mengalami masalah jantung bermula dengan tanda demam berpanjangan dan kerap muntah.

Keadaan kesihatan yang tidak menentu dikesan sejak akhir tahun lalu hingga Aqish perlu keluar masuk hospital bagi menjalani ujian selain mendapatkan rawatan. - Berita Harian Online

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...