Skip to main content

Isu Speaker Dewan Rakyat, Mengapa Salahkah Saya - Najib


Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berpendapat beliau akan terus diperalatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN). 

Menurut laporan Malaysiakini, kata ketua Umno Pekan itu Pakatan Harapan menuding jari kepada beliau sudah menjadi prosedur operasi standard (SOP) bagi HARAPAN dan ia perlu dihentikan atas semua masalah yang melanda walaupun tidak lagi menjadi perdana menteri.

Najib juga membangkitkan kemungkinan SOP menyalahkan dirinya akan terus diamalkan kerajaan HARAPAN untuk tempoh lima tahun akan datang.

"Alasan seumpama ini adalah tidak adil bagi rakyat, apatah lagi, mereka mengharapkan yang lebih baik daripada kerajaan baru. Atau adakah mereka akan terus dibelenggu dengan harapan?" katanya dalam satu kenyataan petang ini.

Najib yang kini berdepan tuduhan jenayah di mahkamah mengulas mengenai isu pelantikan speaker Dewan Rakyat yang sehingga kini belum dinamakan.

Menurut beliau peraturan jelas menyatakan nama seseorang calon speaker perlu dikemukakan kepada sekretariat parlimen sekurang-kurangnya 14 hari sebelum sidang bermula.

Untuk rekod sidang Dewan Rakyat kali ini akan berlangsung 16 Julai.

"Ketika ini, hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum parlimen bermula, (namun) identiti tuan yang dipertua (speaker) masih belum dikenal pasti, dan ini menjurus kepada pelbagai debat awam terhadap siapakah yang akan mengisi jawatan itu.

"Parlimen adalah badan tertinggi negara ini. Adakah Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat ini dipatuhi?

"Jika tidak mampu mematuhi peraturan badan tertinggi negara, bagaimana mahu mengakui bahawa kerajaan baru ini mentadbir berasaskan kepada kedaulatan undang-undang?" katanya lagi.

Najib yang berundur selepas gagal membawa BN mendapat mandat rakyat untuk kekal menjadi kerajaan juga mengecam salah seorang menteri yang mendakwa isu pelantikan speaker sengaja disensasikan bagi mengalih perhatian daripada isu yang melandanya.

"Saya bukan lagi perdana menteri atau berada dalam kerajaan, maka kenapa pula saya dipersalahkan terhadap isu pelantikan speaker ini?

"Seperti cerita hutang negara RM1 trilion kerajaan HARAPAN bersandarkan definisi sendiri yang tiada negara lain dalam dunia gunakan, nama saya terus diperalatkan sebagai alasan serta dipersalahkan setiap kali kerajaan gagal mentadbir dengan baik atau gagal menunaikan janji manis manifesto mereka," katanya.

Sekarang kata Najib wujud perdebatan kalangan rakyat serta pertubuhan bukan kerajaan mengenai kesahihan keluhuran undang-undang dipatuhi dalam isu pelantikan speaker Dewan Rakyat. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...