Gelagat Comel Siti Aafiyah Berenang Tarik Perhatian Netizen


Pastinya gelagat bayi akan menjadi perhatian orang yang berada disekelilingnya.Sama seperti gelagat comel puteri sulung penyanyi nombor satu Malaysia,Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Gelagat comel Siti Aafiyah sedang berenang telah menarik perhatian netizen.Menerusi akuan Instagram Siti telah memuat naik video comel anak kesayangannya itu sedang berenang di dalam spa bayi.

Video yang dimuat naik dengan berkepsyenkan "Dulu ibu takda masuk baby spa sayang, sebab tu ibu tak pandai berenang (kena pakai pelampung). Now ibu nak anak ibu pandai berenang.

Selian itu Siti juga menyatakan bahawa dengan mengalakkan bayi berenang ianya bagus untuk kesihatan dan tumbesaran mereka,Namun perlu lah dilakukan di spa-spa bayi yang bertauliah.


Ternyata kebanyakkan netizen memuji gelagat comel Aafiyah yang cuba mengikut irama lagu 'Comel Pipi Merah' yang dinyanyikan oleh ibunya semasa berenang.


"Aafiyah.. awk ni comel lah, geram tgok. Semoga membesar dgn sihat,"tulis salah seorang netizen.

Bayi sulung pasangan sejoli ini dilahirkan pada 19 Mac lalu di sebuah hospital swasta ibu kota secara pembedahan.