Doakan Bidadari Saya Selamat Bersalin, Setelah 10 Tahun Menanti.


Pelakon lelaki yang cukup dikenali dengan watak antagonisnya iaitu Adam Corrie menyatakan bahawa isteri kesayangannya Fazema Mohd Fuad bakal melahirkan bayi sulung mereka dalam keadaan normal dijangka pada bulan Julai ini.

Berita gembira itu telah di kongsikan melalui akaun Instagramnya dengan menytakan "Alhamdulillah isteri saya @puan_fazi_fuad tak jadi czer untuk bersalin setelah doktor pantau kesihatan bidadari di hospital.

Menurut Adam,sekiranya bayi sulung mereka yang di panggil dengan nama baby Lee itu dilahirkan semalam,baby Lee pasti tidak cukup bulan.

Adam juga tidak putus-putus mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peminat dan sahabat handai yang mendokan kesihatan isteri tercintanya.

Penantian untuk mendapatkan zuriat sulung ini telah ditunggu-tunggu selama 10 tahun mereka mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, doktor yang merawat isterinya telah menasaihatkan agar beliau mendapatkan rehat yang secukupnya supaya kandungan tidak terjejas.

"Doktor nasihatkan banyakkan berehat , tak boleh keluar rumah supaya darah tinggi terkawal dan baby Lee lahir cukup bulan serta sihat kelak. Baby Lee nak bermanja lagi dalam rahim mak tu," kata Adam.

Selain itu,pelakon berusia 50 tahun ini juga turut memohon maaf bagi wakil isterinya kerana tidak dapat menjawab segala pertanyaan dan panggilan masuk semalam ini atas sebab tertentu.

"Saya wakil bidadari saya ingin minta maaf yang whatsapp, call, DM dan sebagainya beliau, tak dapat menjawab sebarang panggilan. Handphone dia silent. Perlukan masa untuk diri sendiri berehat",jelasnya.

Pelakon yang cukup dikenali dari filem KL Gangster ini telah pun memeluk Islam pada 13 Julai 2007 yang lalu dan telah mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati nya Fazema Mohd Fuad, 36 pada 2008- Sinar Harian