Skip to main content

Bekas Peguam Negara Apandi Ali Dilantik Majlis Tertinggi Umno


Bekas peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kini menjadi seorang daripada anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dilantik Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tidak seperti 25 anggota MT yang lain, Apandi - bersama 10 yang lain - menyertai badan berkenaan melalui lantikan.

Memetik kenyataan Ahmad Zahid, portal Umno Oline menyatakan pelantikan itu dibuat mengikut Fasal 9.2.8 Perlembagaan Umno.

Presiden Umno itu berkata pelantikan itu adalah langkah pertama beliau untuk membawa Umno menuju pembaharuan agar parti terbabit terus relevan dalam arena politik negara.

Pengumuman itu juga menyaksikan Tan Sri Annuar Musa kini dilantik menjadi setiausaha agung menggantikan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang diberi jawatan baru, iaitu bendahari.

Anggota Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah pula dipilih menjadi ketua penerangan mengisi tempat ditinggalkan Annuar.

Sepuluh lagi anggota lantikan untuk MT Umno ialah: Datuk Norliza Abdul Rahim (naib ketua Wanita Umno), Shahril Sufian Hamdan (naib ketua Pemuda Umno), Nurul Amal Mohd Fauzi (naib ketua Puteri Umno), Datuk Seri Anifah Aman (bekas menteri luar), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (anggota parlimen Pasir Salak, Perak), Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, Datuk Johan Abdul Aziz, Datuk Azizah Mohd Dun, Datuk Abdul Rahman Mohamad, Datuk Seri Hajiji Noor.

Sementara itu Datuk Mohd Sumali Reduan pula dilantik sebagai setiausaha kerja Umno.

Pelantikan Apandi ke badan tertinggi Umno itu menarik perhatian kerana beliau ialah tokoh berprofil tinggi sebelum ini dan terlibat secara langsung dalam usaha kerajaan BN menguruskan isu skandal 1MDB.

Beliau dipilih menjadi peguam negara menggantikan penyandang semasa, Tan Sri Abdul Gani Patail mulai Julai 2015.

Apandi, 68, sebelum ini aktif dalam Umno dan pernah berkhidmat sebagai hakim dilantik menggantikan Abdul Gani, 62, ketika siasatan mengenai skandal 1MDB giat dijalankan.

Bagaimanapun ekoran kejayaan Pakatan Harapan menumbangkan BN pada pilihan raya umum ke-14 pada 9 Mei lalu jawatan peguam negara kini diisi Tommy Thomas.

Berdasarkan kepada senarai diumum Ahmad Zahid itu, dua watak yang menjadi perhatian semasa pertandingan jawatan utama Umno baru-baru ini tidak kelihatan.

Mereka ialah tokoh politik veteran dari Kelantan Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Untuk rekod Tengku Razaleigh dan Khairy ialah calon untuk jawatan presiden. Persaingan itu menyaksikan Ahmad Zahid mengungguli sokongan dari peringkat bahagian.

Turut diumumkan ialah senarai ketua-ketua perhubungan Umno negeri.

Ia agak menarik apabila bekas menter besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kini diberi tanggungjawab mengetuai parti itu di Perlis.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula ditugaskan mengetuai Umno Selangor.

Jawatan itu pernah disandang Datuk Seri Najib Razak sebelum digantikan oleh Tan Sri Noh Omar.

Seorang lagi naib presiden, Datuk Seri Mahdzir Khalid diberi tanggungjawab mengetuai Umno Terengganu. - Malaysiakini

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...