Skip to main content

Apabila Kita Dah Tak Ada Kuasa, Bendera Umno Dipijak-Pijak. - Najib


Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menasihati mana-mana anggota Umno yang enggan atau tidak berani berkorban mempertahankan pertubuhan itu supaya meninggalkan parti berkenaan dengan segera.

Menurut laporan Malaysiakini, Najib yang sebelum ini menjadi presiden ketujuh Umno berkata parti itu tidak memerlukan individu yang berpaling tadah, atau menunjukkan kesetiaan apabila ia menguntungkan diri sendiri.

"Kadang-kadang ada juga orang kita melaungkan kesetiaanya, tapi kesetiaan itu waktu kita berkuasa.

"Apabila kita dah tak ada kuasa, bendera Umno dipijak-pijaknya.

"Orang begini memang lebih baik dia keluar Umno. Kita hanya nak orang yang setia dan sanggup atau berani mati dalam Umno," katanya yang dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.

Kata Najib, untuk golongan yang tersebut, sokongan mereka hanya diberikan ketika parti berada di tampuk kuasa, namun ia hilang sebaik sahaja pemimpin itu jatuh.

Walaupun tidak secara jelas merujuk kepada sesiapa namun apa yang berlaku difahami terjadi terhadap dirinya kini.

"Dalam politik, ada menyokong apabila dia dapat sesuatu, ada menyokong pada waktu kita senang tetapi ramai daripada kita lebih mementingkan apa yang kita dapat.

"Kita lebih pentingkan kelompok kita sendiri sehingga kita tak dapat apa kehendak kita. Kita sanggup belakangkan parti.

"Malah ada juga kelakuan seperti mengugut parti kita, tapi yang anehnya ia dilakukan oleh mereka yang ada jawatan dalam parti," katanya.

Najib yang juga bekas perdana menteri terpaksa melepaskan jawatan presiden Umno selepas parti itu gagal mempertahankan kuasa mereka sejak 61 tahun memerintah negara pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, 9 Mei lalu.

Mengulas lanjut, Najib yang juga anggota parlimen Pekan berkata dengan apa yang berlaku itu beliau tidak hairan ada dikalangan pemimpin Umno turut sama menyerang parti dianggap penyokongnya sebagai keramat itu.

"Kalau inilah perangainya maka tak hairanlah apabila pembangkang menggasak kita, orang melihat Umno ini dalam satu keadaan di mana kita sudah lupa akan nilai tradisi perjuangan.

"Biarlah kita benar-benar ikhlas, setia dan kasih pada perjuangan Umno, barulah ada cahaya di hujung terowong," katanya. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...