Skip to main content

Tun Dr Mahathir Tiada Bukti Nak Dakwa Saya- Najib


Semalam Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran percubaan terburu-buru untuk mendakwa Datuk Seri Najib Razak daripada skandal 1MDB mungkin akan melepaskannya.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tampil dengan dakwan beliau tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau mana-mana pihak.

Malah, katanya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah mengambil apa-apa kenyataan daripada beliau pada 2015 seperti didakwa ada kertas pertuduhan dikeluarkan ke atas dirinya.

"Dr Mahathir juga mengakui bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mahkamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh Pakatan Harapan (PH) selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

"Dr Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan itu terhadap saya tanpa bukti kukuh," katanya dalam entri terbaharu beliau di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Hari ini, Dr Mahathir ketika bercakap pada majlis makan malam dengan diaspora Malaysia di Jepun berkata, percubaan terburu-buru untuk mendakwa Najib daripada skandal 1MDB mungkin akan membebaskannya.

"Ramai orang sedang menunggu...bila kami akan menangkap Najib. Tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.

"Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah," katanya.

Najib berkata, kenyataan Dr Mahathir itu juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disediakan untuk mendakwanya pada 2015 adalah tidak benar.

"Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh SPRM, justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

"Hanya sekarang, mereka mahu melakukan justifikasi kepada tuduhan mereka dengan mencari 'bukti', sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka.

"Saya ingin ulangi, bahawa saya tidak menerima faedah mahupun mencuri wang dari 1MDB atau mana-mana pihak. Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah," katanya.

Beliau turut menegaskan anaknya tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah 'supercar' bernilai berjuta ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Najib turut berkata, Dr Mahathir silap apabila mendakwa wang yang digunakan 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji, adalah hasil curi.

"Jemaah haji yang dibiayai 1MDB tidak perlu bimbang kerana dana yang digunakan untuk membantu mereka adalah dari sumber halal.

"Saya akan menanggung dosa yang besar jika ia adalah sebaliknya," katanya.

Menurut Tun Dr Mahathir Semalam "Banyak orang sedang menunggu - bila kami akan menangkap Najib, tetapi tidak begitu mudah, kita perlu mengumpul bukti keterangan yang kukuh di mahkamah.

"Jika kami gagal melakukannya, beliau mungkin menang. Cuba fikir apa yang akan berlaku jika Najib menang perbicaraan dan didapati tidak bersalah.

"Kemudian semua janji yang kami buat, semua perkara buruk yang kami katakan mengenai beliau akan dipersoalkan oleh orang yang mengundi kami," katanya pada majlis makan malam bersama diaspora Malaysia di Jepun malam ini.

Mahathir berkata kerajaan mahu memastikan bukti kukuh supaya memastikan sabitan bersalah terhadap bekas perdana menteri itu.

"Kami berharap kami dapat mengumpulkan bukti yang mencukupi untuk membuat pertuduhan di mahkamah dan berharap beliau akan didapati bersalah.

"Kami tidak tahu (keputusan) kerana tidak seperti kerajaan sebelumnya, kami tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap mahkamah.

"Kami telah memutuskan bahawa kami akan benar-benar demokratik dalam erti kata pilihan rakyat mesti dihormati, kita mesti memahami peraturan dan prosedur demokratik dan kita tidak boleh meletakkan kuasa di tangan kita," katanya.

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...