Skip to main content

Tommy Jadi Peguam Negara Tak Akan Jejas Melayu, Islam.


Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) melalui kenyataan ketuanya, Faiz Fadzil hari ini menyatakan sokongan terhadap cadangan melantik Tommy Thomas sebagai peguam negara.

Faiz menafikan pendapat bahawa kedudukan Islam dan Melayu terjejas akan terjejas dengan pelantikan peguam negara dari kalangan bukan Muslim.

"Kedudukan istimewa Islam dan Melayu tidak akan terjejas kerana ia telah dijamin dipelihara oleh HARAPAN.

"Peguam negara juga tiada kuasa mengubah keistimewaan Islam dan Melayu kerana kedua-dua keistimewaan ini adalah prerogatif Legislatif," katanya.

Majlis Mesyuarat Raja-Raja dikatakan keberatan menerima cadangan kerajaan dan sebaliknya menggesa agar jawatan peguam negara disandang seseorang beragama Islam.

Namun, kerajaan setakat ini tidak menyerahkan nama lain selain Tommy meski nama itu dikemukakan sejak minggu lalu.

Berhubung pertikaian pelantikan Tommy meski beliau bukan anggota parlimen sepertimana yang dinyatakan dalam manifesto HARAPAN, Faiz mencadangkan agar Tommy dilantik sebagai senator.

"Menurut Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan, Tommy boleh dilantik sebagai ahli parlimen di Dewan Negara dan seterusnya dilantik sebagai peguam negara untuk memenuhi hasrat HARAPAN meletakkan peguam negara di bawah Parlimen," katanya.

Dalam kenyataan sama, Faiz menjelaskan bahawa Tommy mempunyai kelayakan dari segi merit dan perlembagaan, selain menyorot pengalaman peguam kanan itu mengendalikan kes-kes berprofil tinggi yang rumit.

Antara kes yang pernah dikendalikan Tommy, jelas Faiz, adalah kes berkaitan isu dakwat kekal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kes saman Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) berkaitan hak royalti Kelantan dan kes pilihan raya kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

"Pemuda AMANAH percaya bahawa pelantikan Tommy mengendalikan kes-kes sebegini bukan atas faktor sokongan kepada pembangkang. 

Berdasarkan kelayakan beliau mengkaji isu undang-undang selain kebijaksanaan berhujah," katanya dan menambah kepakaran Tommy akan membantu negara dalam mengendalikan kes seperti 1MDB dan penelitian semula perjanjian-perjanjian yang dimeterai kerajaan sebelum ini yang merugikan negara. - Malaysiakini 

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...