Skip to main content

“Pelik Ada Yang Melihat Luahan Kami Sebagai Publisiti Murahan.-Kugiran Masdo Teruk Dihentam Netizen


Mungkin ada diantara kita yang tidak mengenali kumpulan Kugiran Masdo yang sedang melonjak naik namanya dalam industri tanah air Malaysia.

Baru-baru ini kecoh dimedia sosial berkaitan dengan isu kumpulan ini dikatakan cuba mencari publisiti murahan dengan memuat naik satu kenyataan di laman Twitter bahawa mereka tidak berpuas hati baju mereka telah dicetak rompakkan.

Menurur vokalis kumpulan ini, Ali Sariah niat mereka memuat naik gambar tersebut adalah untuk menegaskan kepada orang ramai bahawa cetak rompak adalah satu kesalahan,namun ianya telah disalah ertikan oleh segelintir pihak yang menyatakan bahawa mereka mahu merai publisiti murahan.

Ali mendakwa bahawa penjualan baju-baju berkenaan adalah tanpa pengetahua dari pihak mereka.Disebabkan itu mereka mengambil keputusan untuk memuat naik di laman Twitter kerana tidak mahu ianya terus berleluasa.

“Saya pelik apabila ada yang melihat luahan kami itu sebagai publisiti murahan. Padahal kami memang benar-benar tidak puas hati baju kami telah dicetak rompak oleh pihak tidak bertanggungjawab tak akan kami mahu diamkan diri saja.

Tambah vokalis ini,banyak lagi cara lebih baik yang boleh dilakukan untuk menaikan nama kumpulan ini bagi yang masih tidak mengenali kumpulan Kugiran Masdo

Walau bagaimanapun,Ali amat berharap agar isu sebegini tidak dipandang enteng kerana ianya adalah sebagaian dari periuk nasi mereka juga.

Baju yang dijual dengan harga bermula dari RM50 ini masih boleh didapatkan dengan harga yang berpatutan dan masih mampu di miliki.

Selain itu,ianya juga baju tersebut hanya di jual secara eksklusif di acara-acara tertentu termasuklah para peminat boleh berjumpa dengan kumpulan ini.

Kugiran Masdo adalah band indie yang dianggotai Ali, Azham Ahmad (dram), Putu Ceri (bass/vokal), dan Asmawi (gitar/vokal). Mereka mengetengahkan muzik pop era 1960-an dan popular dengan lagu Teruna Dara, Berchanda dan Bunga.


Salah seorang dari netizen menulis "bertabahlah sedangkan tudung neelofa yg dah top tu pon kene ciplak apalagi you gais yg baru nak naik balik nie. one thing jaga lah fans bebaik .korang artis. reply lah ayat yg humble sikit ya kalau rasa annoying sngt cmmnt tu takyah reply lah ya".


Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...