Skip to main content

Peguam Negara Tiada Kuasa Dalam Hal Ehwal Agama Islam Di Malaysia.


Kontroversi cadangan pelantikan Peguam Negara yang baharu tidak akan timbul sekiranya masyarakat lebih memahami pengasingan kuasa dalam sistem pentadbiran.

Sistem pentadbiran negara memisahkan tiga badan utama iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan Badan Kehakiman dengan fungsi dan tanggungjawab yang tidak bertindih antara satu sama lain.

Pakar undang-undang Dr. Aziz Bari menjelaskan bahawa peranan sebenar Peguam Negara adalah sebagai penasihat undang-undang utama kerajaan iaitu sebagai peguam dan pendakwa raya bagi pihak kerajaan Malaysia.

Bidang tugas beliau tidak langsung menyentuh hal-hal jurisdiksi badan kehakiman termasuk Mahkamah Syariah.

"Peguam Negara adalah kakitangan kerajaan yang sama seperti mana-mana kakitangan kerajaan yang lain seperti Ketua Polis Negara dan seumpamanya.

“Jadi tidak timbul isu seperti yang dibimbangi oleh banyak pihak terutama berkaitan hal-hal agama Islam kerana Peguam Negara tidak ada kuasa dalam hal tersebut,” jelas beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.

Cetus kontroversi

Kemelut berkaitan pelantikan Peguam Negara yang baharu bermula apabila penyandang jawatan itu Tan Sri Mohamed Apandi Ali diarahkan bercuti tanpa rekod selama 30 hari sejak 15 Mei lepas.

Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah mencalonkan nama peguam kanan Tommy Thomas sebagai calon tunggal bagi menggantikan Mohamed Apandi, dan cadangan itu kini menunggu perkenan Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V.

Menurut Aziz, Yang Di-Pertuan Agong boleh mendapatkan pandangan dan memberi pandangan baginda tentang calon yang dicadangkan namun pelantikan itu hendaklah di atas nasihat Perdana Menteri seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Aziz, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak DUN Tebing Tinggi berpendapat pelantikan seseorang Peguam Negara sebaiknya datang daripada kalangan Ahli Parlimen supaya beliau memahami setiap hala tuju dan rasional keputusan yang diambil kerajaan.

Aziz turut menyebut beberapa nama dalam kalangan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang mempunyai pengalaman dalam bidang perundangan dan layak dicalonkan untuk jawatan itu, seperti Ahli Parlimen Sungai Buluh R.Sivarasa, Mohamed Hanipa Maidin (Sepang) dan Ngeh Koo Ham (Beruas).

Segerakan pelantikan

Sementara itu, Majlis Peguam Malaysia dalam satu kenyataan, menyatakan kebimbangan mengenai isu berkenaan dan menegaskan bahawa adalah penting untuk melantik Peguam Negara dengan segera, tanpa menangguhkannya lagi.

"Sebagai raja berperlembagaan, Yang Di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab perlembagaan untuk mematuhi Perlembagaan Persekutuan, yang jelas menyatakan bahawa Baginda perlu bertindak atas nasihat Perdana Menteri.

“Oleh itu, Yang Di-Pertuan Agong mesti melantik individu berkenaan sebagai Peguam Negara yang baharu, sepertimana nasihat Perdana Menteri, dan menamatkan kebuntuan ini tanpa menangguhkannya lagi,” kata Presidennya George Varughese.

Beliau menegaskan bahawa pelantikan Peguam Negara yang baharu tidak boleh disekat oleh pandangan luar yang mengambil kira sebarang kriteria tanpa dasar perlembagaan, berdasarkan pertimbangan yang tidak relevan, atau yang boleh dianggap arbitrari atau diskriminasi.

Peguam negara harus bebas

Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) pula berpandangan Peguam Negara yang akan dilantik sepatutnya tidak pernah bersama atau membela mana-mana menteri selain mempunyai pengetahuan dalam Undang-Undang Islam.

Presidennya, Musa Awang berkata Peguam Negara juga seharusnya bebas, tiada kontroversi dan bersih daripada rasuah atau salah guna kuasa.

Menurutnya kelayakan Tommy Thomas dipersoalkan bukan atas sebab beliau seorang bukan Melayu-Islam kerana sebelum ini kerajaan dengan perkenaan Yang Di-Pertuan Agong pernah melantik peguam negara bukan Melayu-Islam seperti Cecil M.Sheridan (1959-1963) dan Athi Nahappan (1970-1974).

“Kredibiliti dan kebebasan Thomas dipertikai kerana beliau adalah peguam yang mewakili Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Hormati raja-raja Melayu

Sementara itu, Pakar Perlembagaan, Prof Madya Dr. Shamrahayu Abd Aziz berkata semua pihak perlu menghormati pandangan Majlis Raja-Raja yang akan mengadakan perbincangan khas mengenai pelantikan peguam negara esok.

Beliau mengharapkan agar raja-raja tidak diheret dalam situasi yang amat sukar untuk membuat keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

“Kontroversi yang berlaku perlu ditangani dengan penuh berhemah dan berhikmah agar ia tidak menyebabkan berlakunya krisis perlembagaan yang serius,” katanya. -Bernama

Popular posts from this blog

Video: Pemandu Grab Mengamuk. Suami Maki Isteri Dalam Grab

Video tular memaparkan seorang lelaki warga asing dipercayai memarahi isterinya ketika berada di dalam kenderaan e-hailing Grab sehingga mencetuskan ketegangan dengan pemandu Grab yang turut naik berang. Video rakaman CCTV memaparkan detik pertengkaran antara seorang lelaki warga asing dengan pemandu Grab dipercayai berlaku selepas lelaki tersebut memarahi isterinya di dalam kenderaan e-hailing berkenaan. Rakaman itu turut menunjukkan suasana tegang apabila pemandu Grab bertindak mempertahankan wanita terbabit sebelum berlaku pertikaman lidah antara kedua-dua pihak. Video berkenaan kini tular di media sosial dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai. Antara komen orang awam yang tular di media sosial mengenai insiden tersebut ialah ramai yang meluahkan rasa marah terhadap tindakan lelaki berkenaan serta memuji pemandu Grab kerana campur tangan. Sebahagian netizen turut meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas, manakala ada yang bersimpati terhadap wanita dipercayai menjadi mangs...

1 Maut, 2 Cedera Dalam Insiden Tembakan Di Skudai

Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan insiden tembakan yang berlaku malam tadi di kawasan Taman Industri Jaya, Skudai sehingga mengakibatkan seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia, kejadian berlaku sekitar jam 11 malam dan pihak polis menerima maklumat berkaitan insiden tembakan melibatkan mangsa lelaki tempatan berusia 27 tahun. Siasatan awal mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di kawasan berkenaan. Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat terkena tembakan, manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan. Turut dipercayai terdapat seorang lagi individu cedera namun identitinya masih belum dikenal pasti selepas dibawa keluar dari lokasi oleh kenalannya. Polis kini sedang giat mengesan dua suspek yang masih bebas bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta t...

VIDEO: Kena Serang Dihadpan Rumah Kena Pukul Depan Bini

Alor Setar, 20 April — Seorang individu mendakwa telah diserang oleh beberapa individu dalam satu kejadian yang berlaku sekitar jam 7 petang di hadapan rumahnya di Taman Mas Merah, Alor Setar, Kedah. Menurut mangsa, insiden tersebut berpunca daripada salah faham dan ketidakpuasan hati suspek selepas mangsa menegur isteri salah seorang pelaku berhubung tindakan memotong kenderaan secara mengejut untuk memasuki simpang. Kejadian itu berlaku di hadapan ahli keluarga mangsa dan bukan sahaja menyebabkan kecederaan fizikal, malah meninggalkan trauma yang mendalam. Mangsa menyifatkan kejadian tersebut sebagai sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku kepada sesiapa, apatah lagi di kawasan kediaman sendiri yang sepatutnya menjadi tempat paling selamat. Rakaman kejadian melalui kamera litar tertutup (CCTV) telah diperoleh dan satu laporan polis telah dibuat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Mangsa turut memaklumkan bahawa semua bukti berkaitan telah diserahkan dan beliau bersedia memberi kerjasa...