Netizen Kecam Cik B Selekeh,Datuk Vida Tampil Beri Jawapan


Kecoh minggu lalu apabila usahawana terkenal Datuk Seri Vida melancarkan lagu rayanya berjudul ‘Lavida Raya’ di media sosial yang mendapat 748,533 tontonan di laman Youtube dan 6,897 komen dari netizen.

Ternyata lagu raya tersebut telah mendapat sambutan hangat dikalangan masyarakat sehingga menjadi siualan dibibir-bibir anak muda.

Selepas 18 jam lagu tersebut di muat naik ianya menjadi trending di laman Youtube Malaysia.

Apa yang membuatkan Datuk Vida terkilan adalah apabila sesetengah netizen mengkritik penampilan Cik B yang dikatakan selekeh dan bajunya terlalu sendat.Disebabkan itu segelinitir netizen mempersoalkan penampilan anaknya sedangkan ibunya adalah seorang 'diva' tetapi penampilan anak tidak di titik beratkan.



Ternyata komen tersebut telah membuatkan Datuk Vida tampil memberikan kenyataannya mengenai isu tersebut di media sosial dengan menyatakan bahawa Cik B sebenarnya memakai baju dua lapis disebabkan itulah pakaiannya kelihatan agak ketat pada tubuh badan Cik B.

Walau bagaimanapun,rata-rata peminat Cik B sentiasa memberikan semangat dan meminta supaya Cik B menghiraukan apa sahaja kritikan daripada makcik,pakcik bawang di media sosial.

"Abaikan je mereka Cik B.Zaman kanak-kanak memang comot.Nikmati zaman kanak-kanak awak je Cik B.Tunggu Cik B dewasa nanti mesti cantik dari mommy",tulis salah seorang netizen yang memberikan semangat kepada Cik B.Sumber-DSV.Editor-Sofia