Powered by Blogger.

Friday, June 15, 2018

Najib Sedih... Terpaksa Guna Media Sosial Untuk Berhubung Dengan Rakyat.


Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak mengadu mengenai ketiadaan banyak saluran (media) baginya berhubung dengan rakyat kecuali menggunakan media sosial.

"Raya tahun ini berbeza, saya lebih banyak masa dengan keluarga.

"Tapi rasa sedih juga tak banyak saluran berhubung dengan rakyat Malaysia, kecuali guna media sosial ini," catat Najib pada hantaran Twitter yang turut disertakan dengan video ucapan hari rayanya.

"Walaupun hari raya tahun ini sudah tentu berbeza dengan hari raya sebelum ini di mana kita tidak lagi merupakan dalam pentadbiran kerajaan namun perjuangan kita untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan menentukan negara kita sentiasa aman dan rakyat dapat pembelaan yang secukupnya insyaallah akan kita teruskan.

"Pada bulan Syawal ini eloklah kita mengeratkan silaturahim kita dan jika ada semasa kempen pilihan raya (PRU14) ada apa-apa yang telah dibuat ataupun dipertuturkan secara keterlaluan ambil lah kesempatan ini untuk bermaaf-maafan dan merapatkan silaturahim kita agar umat Islam tidak akan berpecah dan kita dapat menentukan masa depan yang lebih cemerlang atas nama bangsa, agama Islam dan negara Malaysia kita yang tercinta," kata Najib dalam video itu.

Pada PRU14, Najib mengemudi BN ke kancah kekalahan pertama semenjak 61 tahun perikatan parti itu berkuasa.

Pada 12 Mei 2018, beliau meletakkan jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Najib Mengumumkan perkara itu selepas mesyuarat Biro Politik UMNO, Najib berkata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, akan menjalankan tugas Presiden parti.

Beliau berkata seorang lagi Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, pula akan menjalankan tugas Timbalan Presiden.

"Saya berterima kasih kepada semua ahli UMNO sejak saya mengambil jawatan dan yakin jasa UMNO dan BN besar kepada negara kita," katanya.

Beliau juga berkata BN dan UMNO menerima dengan hati terbuka keputusan rakyat tidak memilih parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Najib juga berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO dan akan terus menyokongnya.